Sedih lihat kelas 'online' bapa kosong, anak 'join' untuk gembirakan hati bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan wabak Covid-19 semakin membimbangkan, pihak kerajaan telah menutup semua pusat pengajian seperti sekolah bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Namun begitu, pembelajaran masih berjalan seperti biasa walaupun berada di rumah dengan menggunakan kaedah secara online.


Walau bagaimanapun, usaha guru-guru memastikan para pelajar mereka mendapat ilmu sama seperti di sekolah nampaknya tidak membuahkan hasil apabila para pelajar mereka sambil lewa dengan kelas online yang diadakan.

Setengah jam tunggu, tapi tak yang masuk

Seperti yang dikongsikan oleh Nuha di laman Twitter ini, menceritakan pengalaman bapanya yang membuat kelas online namun tiada seorang pun pelajarnya memasuki kelas tersebut.

Lebih sedih lagi apabila, bapanya yang juga merupakan seorang guru bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menelefon anak-anak muridnya satu persatu namun tidak diangkat.


Bahkan ada juga yang memberi alasan sedang berkerja menyababkan mereka tidak boleh join class online yang diadakan itu.

Join class bapa sendiri

Menurut Nuha, bagi merawat kekecewaan bapanya itu dia sendiri telah join class bapanya, malah perkara itu membuatkan bapanya sedikit terhibur.

Tambahnya, awalnya bapanya begitu teruja meminta bantuan menggunakan google meets, namun bertukar sedih apabila tiada pelajar yang berminat join class tersebut.

Warganet pun cuba join class

Selepas capaian Twitternya tular, ramai yang masuk ke google meets kelas bapanya, malah Nuha sangat berterima kasih kerana mengembirakan hati bapanya walaupun ketika ini sedang kecewa akan sikap pelajarnya.


Perkara ini telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut kesal dengan sikap para pelajar yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen