Nak pencen tapi masih gigih mengajar, lelaki ini kecewa bila guru dikatakan makan 'gaji buta'

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang tak sedar bahawa mengajar saat pandemik ini lebih menguji berbanding ketika waktu persekolahan biasa. Mana tidaknya, anak murid tak join class online yang disediakan, ada juga yang tinggal tidur malah ada juga subjek yang agak sukar dijelaskan secara online.


Namun, demi para pelajar dapat ilmu yang sama seperti di sekolah, pelbagai usaha yang akan guru-guru lakukan.

Menerusi perkongsian Wee Cher Wei di Facebook, yang merupakan anak kepada seorang guru sememangnya akan membuka mata ramai pihak.

Kenapa bersusah payah, tunjuk muka cukup

Menurutnya, sebelum ini ayahnya pernah meminta bantuan dalam membaiki kerosakan teknikal pada komputer ribanya. Ketika itu, dirinya sempat berseloroh menyatakan bahawa laptop tersebut sudah terlalu uzur dan boleh disumbangkan kepada muzium.

Malah, dia juga pernah berkata kepada bapanya untuk apa bersusah payah sedangan dirinya sudah hendak pencen, tunjuk muka saja sudah cukup. Namun, perkara tersebut hanya didiamkan sahaja malah bapanya mengesa dirinya perbaiki lapotop tersebut.

Kagum lihat usaha bapa demi pelajar

Selepas menerima foto dari kakaknya, dia berasa malu dengan apa yang telah dia katakan kepada bapanya. Malah kagum dengan bapanya yang tidak tahu mengenai IT namun masih berusaha untuk beri yang terbaik pada pelajarnya.



Dia juga teringat akan kata-kata bapanya yang menyatakan tidak kisah berapa ramai yang beri perhatian dalam kelasnya namun jika ada yang berjaya itu sudah cukup buat bapanya bahagia.

Dalam pada itu, dia juga bangga dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan bapanya malah sempat menyindir segelintir pihak yang begitu mudah meremehkan gaji guru sedangkan tugas tersebut bukanlah mudah.

Perkara ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata salute dengan sikap bapanya, malah turut bersetuju bahawa orang luar tidak tahu akan tugas sebenar guru yang kadang kala kerja lebih masa demi anak bangsa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen