Naluri isteri tahu suami curang, siap mengaku sayang dekat wanita baru kenal 2 bulan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hancur hati seorang isteri bila mengetahui dalam diam suaminya bermain kayu tiga di belakangnya. Walaupun cuba pertahankan hubungan, namun sia-sia kalau belah sana sudah tak ada hati dalam rumah tangga yang terbina.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini, yang mahu dikenali sebagai Nur Syazana. Berdasarkan apa yang tular di Facebook, dirinya kecewa dan sedih apabila rumah tangga yang dibina itu goyang kerana kehadiran orang ketiga.



Naluri isteri tahu suami main kayu tiga

Menerusi perkongsian tersebut, Syazana menyatakan bahawa sebelum mengetahui perkara ini, nalurinya sebagai isteri merasakan sesuatu yang tidak kena sehinggalah dia terjumpa bukti kecurangan suaminya itu.

Dia juga meluahkan rasa bahawa tidak sedih akan kehilangan suami namun bersimpati akan anak-anaknya yang kehilangan kasih sayang bapa.

Dah saling sayang, rela undur diri

Menurutnya hatinya hacur dan tidak mahu bersubahat akan perbuatan suaminya, malah suaminya juga menyatakan bahawa menyayangi wanita tersebut dan rela kehilangan anak dan isterinya.

Syazana berkata, dia kuat demi anak-anak dan berterima kasih kepada suaminya dan gadis itu kerana telah menghancurkan rumah tangganya yang dibina selama ini.

Perkongsian tersebut telah mendaapt perhatian warganet yang rata-rata memberi kata-kata semangat untuk Syazana teruskan hidup serta mendapat jodoh yang lebih baik selepas ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen