Romantik, Youtuber guna 'sim tray' ganti cincin perkahwinan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dikatakan bakal berkahwin, tentunya setiap pasangan akan teruja untuk memilih cincin perkahwinan mereka. Malah jika menurut tradisi melayu, merisik, bertunang dan bernikah mempunyai cincin yang berlainan.


Bukan itu sahaja, dengan cincin juga menunjukkan bahawa seseorang itu telah berpunya, tak kiralah yang perempuan mahupun lelaki.

Tukar dulang sim pengganti cincin

Namun, berlainan pula dengan seorang Youtuber yang dikenali sebagai Casey Neistat, yang dikatakan tidak menggunakan cincin sebagai tanda mereka pasangan suami isteri.

Sebaliknya pasangan ini saling menukar 'sim tray' di iPhone mereka bagi menunjukkan komitmen antara mereka.

Bukan tanda cinta sejati

Menurut Casey isterinya tidak tahu bahawa dia melakukan perkara tersebut. Namun menurutnya itu bukan tanda sebagai cinta sejati namun sekadar 'sim tray' iPhone sahaja.

Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata berkongsi cara mereka menunjukkan komitmen terhadap pasangan mereka, malah ada juga yang menyatakan bahawa perkara tersebut romantik dan meniru tindakan Casey.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen