Lagi 3 bulan nak nikah, gadis redha bakal suami 'pergi' dulu

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang berkasih sayang tentunya ingin membawa hubungan ke jinjang pelamin. Namun, sebagai hamba hanya mampu merancang selebihnya ditentukan oleh yang Maha Esa.


Siapa sangka, hajat untuk mendirikan rumah tangga selepas 5 tahun berkenalan tidak kesampaian apabila bakal suami pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi.



Bakal suami pergi sebelum majlis

Meluahkan rasa rindu menerusi aplikasi TikTok, gadis yang mesra dipanggil Kiekin ini menyatakan bahawa mereka telah mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang singkat, namun tidak sangka bakal suaminya Mohd Khairul Adzhar telah dijemput Ilahi kerana mengalami pendarahan pada paru-paru.

Mereka menyimpan hajat untuk mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan, namun terpaksa akui reda dengan pemergian tersebut yang secara tiba-tiba.



Sempat berjumpa kali terakhir

Katanya, arwah sememangnya sudah lama sakit jantung kerana pernah kemalangan 10 tahun lepas dan terpaksa memakai injap besi pada jantung.

“Pada Januari lalu, arwah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Pada bulan lepas, arwah dimasukkan ke hospital sekali lagi akobat pendarahan pada paru-paru sebelum meninggal dunia pada Jumaat, 9 Oktober lalu,” katanya.

Turut berkongsi detik sebelum pergi, arwah sempat menghubungi dirinya sebelum diminta membawanya ke Hospital Banting, Selangor.

Malah, dia dan adik Allahyarham membawanya ke hospital sebelum menerima panggilan mengejutkan pada keesokkan harinya.

“Malam tu last jumpa sebab arwah perlu ditidurkan dan dipakaikan oksigen. Saya tengok semangat dia kuat sangat walaupun saya tahu hakikatnya dia lemah malam tu.

“Saya balik ke rumah dan dapat panggilan selepas solat Subuh. Saya pegang telefon arwah, baru je pegang terus dapat call dari hospital,” luahnya.

Tak mahu putus hubungan

Tambahnya, dia terharu dengan kerja keras arwah dalam mengumpul wang kahwin mereka dengan berkerja sebagai pemandu lori kontena.

Sudah banyak persiapan dilakukan, Kiekin juga menyatakan dia masih lagi berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham dan enggan hubungan putus begitu sahaja.

Dia yang berkongsi kenangan di TikTok kerana luahkan rasa rindu tidak sangka akan tular dan ramai yang mendoakan arwah. Malah, setiap komen menjadi kekuatan dan sangat terharu akan keperihatinan warganet.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen