Bercinta melalui 'Zoom call' ketika PKP, tak sangka kini jadi suami isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni, ramai yang mengambil peluang untuk menghalalkan hubungan. Malah nikah pada ketika ini juga menjimatkan.


Sama juga seperti wanita ini yang meluahkan rasa syukur apabila pernikahannya berjalan lancar bersama dengan lelaki pilihan hatinya.

Berkongsi kisah ini di Twitter, Suraya menyatakan bahawa pasangannya itu setia menemani dirinya sejak Perintah kawalan Pergerakkan (PKP) Mac lalu.

Katanya, mereka juga saling menghubungi setiap malam melalui Zoom-Call.

Sebenarnya, mereka telah berkenalan sebelum PKP lagi. Bagimanapun, kerana PKP mereka tidak dapat berjumpa lalu memilih untuk jalinkan hubungan secara dalam talian.

Majlis pernikahan itu diadakan di pejabat agama JAIS mengikut SOP yang telah ditetapkan. Kemudian mereka juga meraikan pernikahan mereka dengan majlis yang kecil bersama keluarga terdekat.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengucapkan tahniah dan selamat menjalani kehidupan berumah tangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen