Beli kereta dan mostosikal mewah secara tunai, 3 anggota Imigresen ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan kes pemalsuan cap kemasukan warga asing, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan Harian Metro, penahanan mereka ini menjadikan jumlah terkini ditahan adalah 63 orang terdiri 38 pegawai Imigresen, ejen (16) dan orang awam (9).


Menurut sumber, daripada jumlah itu 47 orang kena tuduh (OKT) masih dalam tahanan reman terdiri 34 pegawai JIM, 12 ejen dan seorang orang awam.

"Anggota JIM yang ditahan semalam terdiri seorang lelaki dan dua wanita berusia 24 hingga 38 tahun ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM," katanya.

Sumber berkata, mereka bertugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dipercayai menjalankan aktiviti terbabit.

SPRM juga turut merampas beberapa buah kereta mewah dan juga basikal yang mahal harganya.

"SPRM turut merampas dua Volkswagen Golf, sebuah Toyota Wish, Yamaha NVX, Ducati Panigale dan basikal Tarmac Specialized.

"Kesemua kenderaan terbabit dibeli secara tunai oleh anggota JIM terbabit di mana basikal itu sahaja dibeli RM45,000 selepas ubah suai manakala motosikal Ducati Panigale pula dibeli dengan harga RM170,000," jelasnya.

Pemohonan reman dibuat hari ini di Mahkamah Putrajaya bagi siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, SPRM merampas 32 kereta mewah bernilai lebih RM2 juta susulan penahanan 54 individu dalam siasatan kes pemalsuan urusan cap kemasukan warga asing di pintu masuk antarabangsa negara.


SPRM turut menyatakan lebih 30,000 warga asing dipercayai bolos manakala RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun lalu.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.


Secara purata, setiap tahun dalam tempoh empat tahun lalu, sebanyak RM3.6 juta diagih-agihkan sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini.

Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta mewah, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen