Pemergian dicemburui, pelajar Malaysia meninggal dunia selepas tiba di Mesir akibat sesak nafas

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap yang bernyawa akan berakhir dengan kematian, itulah kitaran hidup di muka bumi ini. Namun, yang membezakan adalah bagaimana pengakhiran itu nanti. Adakah seperti yang diidam-idamkan atau sebaliknya.


Turut bersedih apabila seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia sehari selepas tiba di Mesir kerana mengalami sesak nafas. Arwah juga dikatakan sempat menghabiskan masa bersama keluarga di kampung halaman sebelum berangkat menyambut pengajiannya.

Menerusi perkongsian Ahmad Sobri di ruangan Facebook, beliau menyatakan amalan arwah semasa hidup yang membuatkan pemergiannya dicemburui oleh semua orang Muslim.

Meninggal dunia pada pagi Jumaat dan dikebumikan di sekiatar maqam auliya, yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ. Malah meninggal pun sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Dikatakan amalan arwah sangat luar biasa. Bukan menjaga yang wajib sahaja tetapi amalan sunatnya juga dijaga rapi.

Berkongsi pengalaman semasa pergi ke Kelantan selepas berkaurantin ketika arwah di Malaysia, Ahmad Soberi sempat duduk sebaris dengan arwah. Ketika itu jugalah dirinya melihat sedikit amalan arwah yang menakjubkan.

“Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan. Melazimi Ratib Al-Haddad, suka berqasidah sepanjang perjalanan dan tasbih sentiasa ditangan.”

Sempat bertanya kepada rakan-rakan arwah akan amalan lain, rupanya arwah juga seorang yang tidak pernah tinggal solat Tahajjud, malah suka berdamping dengan al-Quran serta solat awal waktu secara berjemaah.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian rakan-rakan arwah yang turut menyifatkan arwah sebagai seorang yang peramah dan juga mudah tersenyum. Salam takziah diucapakan buat keluarga.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen