Jodoh Dengan Ex?

Oleh: Bella Bahrin

Hai, aku Im. Kini aku dah berusia 26 tahun dan aku masih belum berkahwin. Kali terakhir bercinta pun masa belajar di universiti dan dialah gadis terakhir yang menghuni hati aku lepas tu aku dah tak bercinta dah. Tak tahu kenapa, lepas dah move on daripada gadis tu aku malas nak cari pengganti. Bagi aku biarlah aku stabilkan ekonomi aku dulu. Kalau ada jodoh, adalah.

Satu hari aku dapat call daripada Shah kawan karib aku. Dia mengundang aku ke majlis persandingannya dan meminta aku untuk menjadi pengapit. Mula-mula aku tolak, sebab aku malas nak jadi pengapit ni. Aku datang nak makan saja. Tapi, Shah beriya juga pujuk aku untuk jadi pengapit dia.

“Kau ni Shah. Tak ada orang lain ke yang kau nak suruh jadi pengapit? Kau tahukan, aku malaslah nak jadi tukang kipas pengantin ni,” Ujarku.

“Alaaaa… Im. Tolonglah. Aku tak tahu nak minta siapa. Adik aku pun perempuan dan aku pun tak ada abang. Tolonglah Im… Aku merayu ni,” Rayu Shah.

Di sebabkan aku kesian sangat dengar rayuan dia. Aku pun setuju dengan permintaan Shah. Sebagai sahabat aku rasa aku patut pun tolong dia. Yelah, hari ni kita tolong orang esok-esok orang pula tolong kita. Tu pun, kalau aku sempat kahwinlah. Manalah tahu ajal datang dulu ke.

Bila Shah dah cop aku untuk aku jadi pengapit dia, maknanya aku wajib datanglah. Jadi, aku pun kosongkanlah jadual aku pada hujung minggu depan demi Shah.

Sebenarnya, ni bukan kali pertama aku kena jadi pengapit dalam majlis kahwin kawan-kawan aku. Aku pun tak tahulah tabiat apa kawan-kawan aku ni, setiap kali nak kahwin call aku untuk jadi pengapit. Kadang, aku rasa macam aku ni kedai servis pengapit pengantin. Aku ada tanya juga dengan kawan-kawan aku yang kahwin ni, pakej perkahwinan yang mereka ambil tak ada sediakan pengapit untuk pengantin, ke?

Bukan aku tak ikhlas tapi, aduahi mereka langsung tak hormat orang single ke macam mana? Bila datang majlis mereka, aku ada jugalah jelling-jeling pengapit pengantin perempuan tapi pengapit mereka mesti tunang orang lah, girlfriend orang lah dan bini orang pun ada. Aku cakap dengan kawan-kawan aku,

“Kalau nak suruh aku jadi pengapit, tolonglah pastikan pengapit pihak perempuan tu single. Sekurang-kurangnya, boleh lah masuk line,” Ujar ku.

Aku tak sangka hujung minggu tiba dengan cepat. Aku pun pergilah majlis kahwin Shah sebagai pengapit. Shah pesan suruh datang awal, sebab dia nervous. Aku pun tak faham nak nervous apa, dia duduk saja pun. Katanya,

“Kalau kau ada, aku cool sikit.” Aku hanya geleng kepala saja tengok dia ni tapi aku tetap ucapkan tahniah dan aku bagilah dia hadiah. Aku bagi set pinggan mangkuk saja pun.

Majlis sanding pun tiba, jadi aku pun iringlah pengantin sampai depan pintu masuk dan bila sampai tu aku terkejut tengok pengapit pengantin perempuan. Aku ingat salah orang tapi tengok kali kedua, betullah dia ex aku masa dekat U dulu. Lepas kami berpisah, aku memang dah tak contact dia sebab aku rasa masing-masing pun nak move on kan tapi… bila jumpa dia ni, aku jadi speechless. Tiba-tiba, jantung aku berdegup kencang. Dia mendekatiku dan tanya,

“ Im, kan?”

“Eh, hai Lisa,” Ucapku janggal.

Kami hanya berbalas senyuman dan sepanjang majlis berlangsung mata aku selalu curi-curi pandang dia. Aku tertanya juga dalam diri, dia dah berpunya ke? Kalau belum nak tahu juga, kalau dah pun aku nak tahu juga. Apa yang penting aku nak tahu status dia.

Lepas majlis berakhir, aku terus pergi jumpa Lisa. Sebelum mulakan perbualan sebenar, aku pun bertanya khabarlah dulu. Lepas dah sembang santai tu, aku terus tanya dia tentang status dia. Aku tak tahu kenapa, tapi bila dia kata dia masih single aku besyukur sangat. Aku rasa sebenarnya aku belum move on pun dari dia dan hubungan kami pun semakin akrab.

Setelah hampir 3 bulan sesi kenal semula, aku minta keluarga aku pinangkan Lisa. Alhamdulillah, Lisa sudi terima dan kami bertunang.

Aku terima kasih sangat dengan Lisa sebab sudi terima aku kembali. Dulu, aku putus dengan dia sebab masa tu masing-masing nak fokus belajar dan sebenarnya kami memang tak ada masalah pun.

Kadang, bila fikir balik adakah ini yang dikatakan, penat-penat move on rupanya berjodoh dengan ex? Tapi, kalau dah takdirnya mengatakan itu jodoh nak buat macam, kan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen