Disyaki ikuti ajaran sesat punca lelaki Nigeria rogol anak tiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes seorang kanak-kanak maut selepas dicampak oleh datuk tirinya dari tingkat tiga Apartmen Villa danau, Setapak semalam.

Menerusi Kosmo Online!, Lelaki warga Nigeria 42 tahun itu bertindak demikian selepas dipercayai gagal merogol anak tirinya dan juga dipercayai pengikut ajaran sesat.


Maut ditempat kejadian

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, telah mengakibatkan Muhammad Adam Sufi Muhd. Norkhusairi, 4, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Mangsa ditemui berlumuran darah dengan tidak berseluar sebelum disusuli dengan tindakan suspek terjun dari tingkat yang sama dalam keadaan berbogel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil siasatan mendapati suspek sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun sejak 10 tahun lalu.


Berang dihalang

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu enam ahli keluarga yang terdiri daripada empat anak tiri, seorang anak lelaki suspek serta mangsa tinggal bersama di rumah tersebut. Suspek juga disyaki telah merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di runag tamu sebelum dihalang isteri serta anak-anak lain.

“Berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk dan memukul kesemua mangsa di dalam rumah tersebut. Isteri dan anak-anak cuba menyelamatkan diri dengan bertindak keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan jiran.

“Ketika itu, suspek melihat mangsa menjerit meminta bantuan sebelum dia bertindak mencampak kanak-kanak itu dari tingkap bilik utama,” katanya.

Terlibat dengan ajaran sesat

Menurut Nik Ros Azhan, suspek yang cedera akibat gagal melarikan diri dan berjaya ditangkap orang awam dan pe­ngawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya sedang menyiasat berhubung dakwaan suspek terlibat dengan ajaran sesat malah suspek juga dikatakan sering bergaduh dengan isteri berkaitan isu agama.

Suspek juga dikatakan sedang mendalami ilmu agama di sebuah pusat pengajian di Melawati, Ampang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen