Antara Sahabat Dan Cinta, Aku Pilih Persahabatan

Oleh: Bella Bahrin

Hai. Nama aku Syam. Aku ada cerita tentang seorang perempuan yang aku sukai tapi sebenarnya dia adalah kekasih kepada sahabat karib aku. Jangan kecam aku dulu. Sabar! Baca sampai habis.

Aku dan Azmi kawan baik daripada sekolah menengah dan kami juga dapat melanjutkan pengajian tinggi di universiti yang sama. Selang beberapa tahun kami habis belajar, kami di tawarkan bekerja di syarikat yang sama tapi department yang berbeza. Kiranya, life aku ni banyak masa dengan Azmi. Aku anggap Azmi ni macam abang aku, walaupun hakikatnya umur kami sebaya tapi kematangan dia membuatkan aku hormat dia sebagai abang dan juga sahabat.

Hubungan persahabatan kami memang kukuh. Setakat ni memang tak ada siapa yang boleh runtuhkan lagi malah kalau si Azmi ni perempuan mungkin aku dah pinang dia jadikan menantu mak aku. Tapi, aku masih berpegang dengan fitrah lelaki dan masih ada agama walaupun iman senipis bawang.

Okay, berbalik semula kepada cerita asal aku.

Aku sebenarnya ada kenal seorang perempuan ni dan perempuan tu pula satu department dengan Azmi. Aku ada juga, niat nak minta Azmi tolong usha-usha kan tapi aku fikir tak pasal-pasal pula Azmi yang sangkut dengan dia. Jadi, aku mampu usha dari jauh sajalah yang penting aku tahu dia single.

Sejujurnya… sepanjang perkenalan aku dan Azmi kami tak pernah ada rahsia walaupun hal tersebut berkaitan dengan teman wanita. Aku tahu Azmi syok dekat salah seorang rakan sekerja dia tapi aku tak pernah ambil tahu pula siapakah gerangannya. Sampailah si Azmi ajak aku jumpa girlfriend dia dan aku terkejut juga bila tengok perempuan tu. Pada awalnya, aku buat biasa saja tapi bila aku tahu hubungan mereka semakin rapat aku jadi serba salah sebab aku dah pernah luahkan perasaan aku dekat perempuan tu dan aku kenali dia sebagai Mira manakala Azmi pula mengenali dia sebagai Sha.

Aku tak tahu nak respon apa bila kami sebenarnya mencintai wanita yang sama. Aku nak bagi tahu perkara sebenar dekat Azmi tentang aku dan Mira tapi Azmi pula selalu cerita kebahagiaan hubungan mereka. Aku selalu berpura-pura bahagia dengar cerita dia. Aku tak tahu nak teruskan perasaan aku atau lupakan saja tapi bila aku contact Mira, dia layan aku macam biasa walaupun dia tahu aku ni kawan baik Azmi. Aku cuba untuk menyerah tapi Mira selalu kata,

“Kalau awak nak saya, awak kenalah usaha lebih sikit daripada Azmi.”

Bila aku dengar macam tu, aku rasa ada harapan jugalah nak dapatkan si Mira ni. So, aku pun tunjuklah semua effort aku dekat Mira. Tapi, Mira selalu bandingkan effort aku dengan Azmi sampai timbul rasa dengki dalam diri aku terhadap Azmi. Hubungan kami boleh dikatakan agak renggang dan Azmi sering bertanya juga kenapa aku selalu menjauhkan diri daripada dia.

“Lately ni aku busy sikit,” Kataku dengan nada malas.

Azmi hanya mengiyakan sahaja alasan ku tapi hakikatnya, hati aku sakit sangat bila dia selalu keluar dengan Mira atau dia lebih kenali sebagai Sha. Bila aku nyatakan hal tersebut pada Mira, Mira hanya memberikan jawapan yang sama sampai aku pun dah naik bosan.

Sejak tu aku mula siasat siapa sebenarnya Mira ni dan sikit demi sikit aku dapat tahu yang sebenarnya Mira merupakan seorang pisau cukur. Kerja dia adalah mengikis duit lelaki semata-mata bukan sebab dia cintakan lelaki tu pun. Patutlah aku selalu tengok Azmi ni setiap kali dia keluar dengan Mira, balik-balik saja poket dah kosong.

Aku tak pernah tanya tentang perangai Mira, sebab Azmi selalu cerita yang baik-baik saja tentang dia. Aku rasa dia jadi macam tu sebab dah dibutakan dengan kata-kata manja si Mira. Oh ya, Mira juga pernah minta duit dengan aku dan aku pun bagilah nak tunjuk effort lah katakan tapi aku tak adalah bagi banyak macam Azmi.

Bila aku dah dapat kumpulkan semua bukti, aku pun tunjuklah dekat si Azmi tentang perangai Mira dan aku cerita juga tentang perasaan aku terhadap Mira sebelum mereka berkenalan. Biasalah orang mabuk cinta mana nak percaya. Aku pun bawalah Azmi ni pergi semua tempat yang Mira selalu pergi dan bila dia nampak sendiri, barulah dia percayakan aku.

Aku minta maaf dekat dia sebab aku pernah suka Mira dan dia kata,

“Kalau kau nak dia sekarang pun aku boleh bagi,” Aku menumbuk bahunya dan dia juga minta maaf sebab tak pernah tanya siapa perempuan yang aku suka. Aku hanya mencebikkan bibir dan kami pun ambil keputusan untuk jumpa Mira. Akhirnya, Mira berhenti kerja mungkin sebab malu dan hubungan persahabatan kami pun semakin baik.

Kalau ada pembaca yang lalui sama macam aku, aku sarankan pilihlah persahabatan. Kadang kita rasa dia jodoh yang terbaik untuk kita, tapi ternyata dia hanya hadir sebagai ujian semata-mata dan jangan disebabkan seseorang yang tak pasti kita korbankan persahabatan

Sekian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen