Cinta Jarak Jauh

Oleh: Bella Bahrin

Nama aku Khairiah tapi aku gelarkan diri aku Khai. Aku perempuan tulen just in case ada yang curious dan aku memang  seorang yang agak kasar. Tapi, sekarang aku dah kahwin.

Aku bukan nak cerita tentang sifat aku tapi aku nak share story tentang cinta jarak jauh. Sebelum aku kahwin, aku menjalani hubungan jarak jauh dengan suami aku (Azman). Kami saling mengenali masa zaman sekolah dan masa tu aku cuma anggap dia kawan.

Bila dah sambung belajar aku dan Azman pun berpisah. Dia dapat sambung belajar di Sabah manakala aku belajar dekat semenanjung. Tahun pertama pengajian, kami masih lagi bergelar kawan sampailah masuk tahun kedua.

Bila dah masuk tahun kedua tu, dia confess dekat aku. Tu pun melalui email. Aku rasa kelakar juga bila ingat balik cara dia confess tu. Padahal masa tu, dah ada smartphone tapi aku sangat hargailah tindakan dia. Yelah, unik tu confess pakai email tapi nasib baik juga dia tak pakai surat. Kalau tak, betul-betul mengamit kenangan.

Kembali kepada topik.

Bila aku terima email dia tu, aku email dia balik.

‘Kau salah send email ke ni?’ Perli ku.

Tak sampai beberapa minit dia call aku. Terkejut juga. Memang dia betul-betul tunggu aku reply email dia ni.

“Betullah. Aku tak salah hantar email pun. Aku betul-betul suka kau,” Ujarnya. Aku tahan gelak saja sebenarnya sebab selama aku kenal dia, aku tahu dia tak pernah bercinta. Jadi, aku tak sangkalah ayat tu keluar dari mulut dia. Lepas tu aku katalah,

“Dah habis ke perempuan dekat Uni kau sampai kau confess aku ni?” Aku sebenarnya nak kepastian saja. Yelah, kot kot lah dia ni tengah main game true or dare ke. Lagi pun, zaman universiti lah kau belajar macam-macam game dan masa ni juga segala keberanian kau tercabar.

Azman menafikan dengan bersungguh-sungguh dan menyatakan yang dia serius dengan ucapan. Sejak dari tu kami pun menjalani hubungan jarak jauh dan sejujurnya, aku sangat meragui hubungan jarak jauh ni sebab macam-macam perkara boleh berlaku tapi Azman selalu ingatkan untuk berpegang kepada percaya dan setia. Kadang, dia bebel juga aku pasal dua benda tu.

Bila dah habis belajar aku ingatkan dapatlah jumpa Azman tapi rupanya, dia dapat tawaran kerja dekat Sabah lah pula. Sebelum kami habis belajar, adalah juga Azman balik semenanjung sekejap lepas tu dah tak balik.

Jujurlah, hubungan jarak jauh ni memang susah. Sepanjang kami bercinta 5 tahun tu, pelbagai perkara yang berlaku. LDR ni tak sama macam kau bercinta biasa tu sebab kau tak boleh jumpa dia bila kau nak dan dia pun tak nampak jatuh sakit kau. So, penderaan mental tu tinggilah juga sebenarnya. Lagi-lagi, kalau jenis yang overthinking macam aku. Aku tak suka overthinking ni tapi tu lah, aku sendiri pun tak dapat elak. Jadi, aku selalulah overthinking bila Azman lambat jawab call aku. 

Tapi, aku tak adalah terbawa-bawa overthinking aku tu sangat. Benda tu jadi bila kami lama tak on call sebab aku percaya dalam perhubungan komunikasi tu penting. Bila tak ada komunikasi, jadi hambarlah hubungan tu. Disebabkan itu, bila dapat gaji saja aku kumpul duit untuk jumpa Azman walaupun mungkin ada yang rasa kenapa aku beria sangat tunjuk effort?

Jawapannya kerana, kalau kita betul-betul sayangkan seseorang kita akan sanggup buat apa saja untuk dia dan itulah yang aku lakukan. Tapi sebenarnya, aku sambil menyelam minum air. Aku memang nak jumpa Azman tapi dalam masa yang sama aku nak bercuti. Jadi, aku dapat dua kelebihan di situ.

Lepas 5 tahun kemudian, Azman pun melamar aku jadi isteri dia dan kini kami telah pun berkahwin selama 6 tahun. Aku bersyukur hubungan cinta jarak jauh kami ni sampai juga ke jinjang pelamin.

Aku doakan semoga pasangan yang sedang bercinta jarak jauh ni, di panjangkan jodoh dan semoga hati kalian terus cekal. Sekian terima kasih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen