Rezeki Aku Kahwin Muda

Oleh: Bella Bahrin

Salam sejahtera semua pembaca! Nama aku Syakila, berusia 23 tahun sudah berkahwin dan  mempunyai seorang cahaya mata. Aku seorang ibu muda dan aku juga masih belajar. Kiranya aku suri rumah separuh masa.

Sebenarnya aku berkahwin lepas SPM dan ketika usia aku 20 tahun barulah ada rezeki dapat anak. Ezrul tua 3 tahun daripada aku dan syukur dia dapat jalani tanggungjawab dia dengan baik. Perkenalan kami bermula masa sekolah menengah. Mula-mula, kami cuma berkawan rapat dan aku hormat dia sebagai senior malah aku tak pernah anggap dia lebih daripada seorang senior. Lagi pun, masa tu aku rasa masih budak hingusan yang tak tahu apa tu cinta.

Kalau setakat nak berseronok tu adalah tapi kalau serius tu tak lah dan Ezrul ni gaya dia macam abang aku. Yelah, dia pun rapat dengan abang aku jadi aku juga menganggap Ezrul sebagai abang. Bila Ezrul dah habis sekolah, aku sunyi sikit sebab dah tak ada dah orang teman aku balik dan pergi sekolah. Aku bertambah sunyi bila Ezrul masuk U. Tapi, sebelum dia masuk U tu dia ada pesan,

“Kau tunggu aku tahu. Jangan menggatal dekat sekolah,” Katanya.

Aku hanya mengangguk faham dan sejujurnya masa tu aku adalah suka sikit dekat si Ezrul ni. Walaupun Ezrul dah masuk U, dia selalu contact aku atau tak pun dia akan tanya aku melalui abang aku. Setiap kali dia cuti sem, dia mesti bagitahu dan selalu ajak aku dan abang keluar makan. Aku seronok sangat walaupun aku tak tahu masa tu Ezrul tu anggap aku apa tapi aku tak kisah yang penting aku dapat jumpa dia.

Suatu hari, Ezrul call abang aku dan masa tu aku cuba untuk curi-curi dengar tapi tetap tak dapat sebab abang aku tahu sangat gaya aku bila Ezrul call dia. Lepas abang aku habis je call dengan Ezrul, aku terus tanya abang aku,

“Abang! Ezrul ada tanya pasal kita tak?”

“Tak ada!” Jawabnya dengan nada garang. Aku terdiam sekejap dan berlari kejar abang aku. Aku tetap tak percaya kata-kata abang. Lepas tu, abang aku kata

“Nanti kau tahulah. Eeee…sibuk saja kau ni!” Abang terus berlalu masuk ke biliknya. Aku agak kecewa dengan reaksi abang  dan aku dah mula overthinking tentang perbualan mereka.

 

 

Waktu pun berlalu dan aku pun dah habis sekolah tapi aku masih belum terfikir nak sambung belajar jadi, aku hanya lepak dekat rumah. Aku masih berhubung dengan Ezrul cuma dah tak kerap seperti selalu. Dia kata dia dah semakin sibuk bila dah tahun akhir. Sampailah satu hari, ibu beritahu aku sesuatu.

“Kila, ibu nak bagitahu sesuatu ni.”

“Apa dia, ibu?” Aku memandang ibu diikuti dengan debaran.

“Sebenarnya… Ezrul nak melamar kamu,” Kata-kata ibu buat aku tergamam tapi dalam hati, aku rasa gembira sangat. Sekurang-kurangnya aku tak adalah bertepuk sebelah tangan dan aku tanya ibu,

“Ibu terima tak Ezrul tu?”

“Kalau kamu terima, ibu dan ayah okay saja,” Mendengar kata ibu, aku rasa bahagia sangat. Setelah Ezrul habis belajar, kami pun bernikah. Masa tu, baru aku tahu yang sebenarnya Ezrul dah lama suka dekat aku dan masa dia call abang aku tu sebab dia nak bagitahu tentang niat dia terhadap aku.

Cuma, ketika tu aku masih sekolah dan abang tak nak niat Ezrul tu akan menganggu pelajaran aku dan bila aku dah habis sekolah, barulah Ezrul tanyakan abang aku semula tentang niat dia.

Abang aku pun bincanglah dengan ibu dan ayah tentang Ezrul. Keluarga aku memang dah kenal Ezrul dan keluarganya jadi, mereka pun bersetuju dan menerima Ezrul.  Aku bersyukur sangat aku dah kahwin walaupun ada yang kata kahwin muda ni susah tapi pada aku, perkahwinan tu merupakan permulaan hidup dan aku rasa aku banyak belajar jadi seorang yang matang bila dah berkahwin ni.

Sekian tu saja kisah aku dan terima kasih sebab sudi bac kisah ni.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen