365 hari terpisah, jururawat kerja di Madinah balik 'surprise' anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Berjauhan dengan keluarga tersayang tentunya akan melahirkan rasa rindu untuk meluangkan masa bersama dan juga memeluk mereka. Walaupun boleh berhubungan melalui ‘video call’ tapi perkara itu tak akan sama dengan melihat wajah tersayang.

Nak-nak lagi jika seorang ibu yang berjauhan dengan anak-anak, tentunya selalu merindui telatah anak-anak.


Itulah yang dialami oleh Wan Zurainieyatiena yang berkongsi saat pertemuan dirinya dengan anak-anak dan suami tercinta selepas terpisah selama setahun.



Berdasarkan page Facebook Masak Apa Tak Jadi Ni Offical, dia bukan berkongsi masakan apa yang tidak menjadi tetapi kejutan yang menjadi apabila menyamar sebagai staff di sebuah kafe yang terpilih.

Menurutnya, dia merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di Riyadh, Saudi Arabia.



Setelah setahun bertugas di sana, dia meminta kebenaran dari pihak Hospital & Embassy untuk pulang berjumpa dengan keluarga tersayang di Malaysia.

Menerusi rakaman video yang dikongsi mula-mulanya dia berteka teki dengan anaknya menerusi sekeping gambar, dari situ anaknya sudah tahu bahawa itu adalah ibunya yang dirindui.

“Macam mama je...”

Terkejut dengan pertemuan semula itu, anak-anaknya tersenyum bahagia manakala yang lain pula menahan sebak melihat anak beranak itu melepaskan rasa rindunya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada warga page tersebut yang rata-rata turut sebak melihat mereka sekeluarga yang melepaskan rasa rindu masing-masing.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen