Tahniah! TokTi umum hamil empat bulan

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang berteka teki adakah penyanyi nombor satu kesayangan negara ini sedang hamil anak kedua.

Malah, perkara tersebut bertambah-tambah yakin lagi apabila baru-baru ini tular pula satu rakaman yang memperlihatkan penyanyi kesayangan ramai itu sedang mengusap perutnya.



TokTi hamil empat bulan

Nampaknya tidak berdalih lagi apabila, penyanyi tersohor itu mengumumkan kehamilan keduanya menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

Mesra dengan panggilan TokTi, beliau menyatakan bahawa kini dirinya sedang hamil empat bulan.



Pilih waktu sesuai


Beliau turut menjelaskan bahawa dirinya tiada niat untuk sembunyikan perkara tersebut cuma, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memilih masa yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai.


Selebriti kesayangan ramai ini juga turut meluahkan rasa bersyukur diberi peluang untuk hamil sekali lagi selelas melahirkan Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.



Menjengah ke ruangan komennya, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah disamping turut berasa gembira akan berita ini.


Anda masih keseorangan?

842,291 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen