Aku Juga Punya Perasaan Ingin Dicintai

Oleh: Bella Bahrin

Hai nama aku Afiq, berusia 28 tahun dan telah berkahwin. Aku nak cerita tentang apa yang berlaku sebelum aku berkahwin dengan isteri aku. Nama isteri aku Dahlia tapi aku panggil dia D. D dan aku duduk sekampung malah masa kecil aku selalu main dengan dia dan bila kami dah besar, aku dengan D selalu pergi sekolah sama-sama.

Salah satu sebab aku rapat dengan D adalah, aku tak ada kawan lelaki dan memang D saja yang sudi nak kawan dengan aku. Lelaki lembut, kan? Manalah ada orang suka.

Kadang, ada juga yang keji D dan kata D ni tak sesuai kawan dengan aku sebab bapa D ni ustaz kalau kawan dengan aku boleh jadi sesat. Dari kecil lagi, orang cakap benda yang sama tapi D tetap nak kawan dengan aku. Bila aku datang rumah D, bapa dia tak pernah marah malah selalu jemput aku naik rumah dan bapa dia juga yang selalu ajak aku pergi surau. Aku ni dah tak ada ayah serta aku juga jenis yang tak suka cakap dengan lelaki. Takut kena ejek. Aku dilahirkan bukan saja lembut tapi sebelum usia aku mencapai 16 tahun, suara aku kecil macam tak ada halkum. So aku sangat appreciate cara bapa D dekati aku masa tu.

Ketika kami dah naik tingkatan 4 aku maklumkan kepada D tentang mak aku yang kena pindah ke tempat bertugas ke negeri lain dan itu kali terakhir aku jumpa D. Masa aku nak pindah tu, bapa D ada hadiahkan aku songkok dan al-quran sebagai tanda kenangan dan juga bapa dia pesan,

“ Jangan tinggal agama dan jangan cepat terpengaruh.” Aku mengucapkan terima kasih kepada bapa D dan pesanan bapa D tu lah yang selalu aku ingat sampai sekarang.

Waktu pun berlalu, aku dah berjaya sambung belajar di sebuah universiti Awam dalam bidang pengajian perguruan dan aku juga masih lagi berperwatakan lembut tapi aku tak adalah dipandang serong oleh rakan-rakan sekelas aku malah mereka lebih menyenangiku. Keyakinan aku semakin meningkat sejak masuk U dan dekat U juga aku banyak belajar tentang pemikiran terbuka walaupun aku selalu kena tanya lurus ke bengkok. Aku selalu menyatakan bahawa aku ni lurus tapi mereka tak percaya sebab mereka tahu aku tak pernah bercinta.

Satu hari, masa aku dalam perjalanan nak pergi kelas aku terserempak dengan seorang siswi dan wajah dia seperti seseorang yang aku kenali. Aku nak menegur tapi rasa macam tak manis pula sebab dia pun macam sibuk berbual dengan kawan-kawan dia. Aku biarkan saja berlalu namun hati aku masih kuat ingin menegurnya. Masa tu, aku berdoa semoga aku dapat jumpa lagi perempuan tu dan berharap sangatlah doa tu makbul.

Lepas habis kelas, aku pun terus lepak dekat dewan makan dan terus pilih lauk-pauk sampai aku tak sedar yang aku ambil banyak jenis lauk. Bila aku dah sampai dekat kaunter nak bayar, masa tu juga duit aku tak cukup. Nak letak balik memang tak bolehlah. Tiba-tiba, orang belakang aku hulur duit.

“Tak apa makcik, saya bayarkan sekali,” Ujarnya.

Aku terus tengok belakang dan, aku terkejut depan mata aku ni adalah D. Masa tu juga aku perasan yang pakaian dia sama macam perempuan yang aku nampak sebelum masuk kelas pagi tadi. Dia hanya tersenyum memandang aku dan time tu juga aku terus ajak dia makan sekali. Sejak tu, aku dan D semakin rapat malah aku juga selalu berkunjung ke rumah dia untuk bertemu dengan bapa D. Bila kami dah habis belajar aku ada tanya sesuatu dekat D,

“ D, kau ada bf?”

“Kenapa?” Tanya D

Aku diam dan geleng kepala sambil tersenyum memandangnya. Aku juga ada tanya tentang cirri-ciri lelaki idamannya dan dia menyatakan dia suka lelaki yang gentleman, sopan santun, romantik, kelakar dan yang boleh terima dia seadanya. Sejak dia bagitahu tu, aku berusahalah jadi lelaki yang macam dia nak. Kalau setakat sopan santun tu, aku tahu aku dah ada tapi yang romatik dan kelakar tu… aku akui yang aku ni agak hambar orangnya. So, aku pun search lah dekat internet segala jenis lawak dan cara-cara nak jadi lelaki romatik.

Bila aku dah search semua, aku pun praktikkan setiap kali aku jumpa D. Aku belikan dia bunga dan kirimkan setiap hari ke tempat kerja dia. Selain tu, aku tak pernah terlepas tarikh-tarikh penting dalam hidup dia dan setiap kali dia ada masalah aku akan selalu jadi pendengar yang setia. Aku juga selalu belikan dia baju yang sedondon dengan aku mengikut citarasa dia. Tapi, bila aku buat semua tu D bukan semkain dekat dengan aku malah dia jadi lebih jauh. Aku macam salah ke aku buat semua tu.

D pun jelaskan yang sebenarnya dia tak selesa dengan tindakan aku, dan dia lagi suka aku jadi diri sendiri. Aku pun ceritalah dekat dia kenapa aku buat macam tu lepas tu aku terus luahkan perasaan aku dekat D. D tahu aku suka dia dan sebenarnya dia cuma nak test aku saja tapi tak sangka aku nak buat semua tu.

Beberapa bulan lepas tu, kami pun bernikah dan aku berterima kasih sangatlah dekat D sebab sudi terima aku. Doakan semoga jodoh kami berdua panjang dan aku juga doakan pembaca yang belum jumpa jodoh tu, dipermudahkan urusannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen