Dugaan Bertunang

Hai. Nama aku Naj, berusia 25 tahun dan telah bertunang. Sejujurnya, hubungan aku dan tunang aku tak adalah baik mana sejak akhir-akhir ni. Kadang, rasa macam dah nak give up dan putus saja tapi, setiap kali aku nak buat macam tu mesti ada saja benda yang jadi.

Ada satu hari tu, kiranya aku dah bulatkan tekad dan dah yakin dengan keputusan aku nak minta putus. Aku call tunang aku,

“Aira. Busy tak? Naj nak jumpa,” Ujarku.

Dia bersetuju dan suaranya kedengaran ceria. Kami bertemu di restoran kegemaranya dan ketika aku ingin menyampaikan kata-kataku, tiba-tiba perbualan kami terhenti dengan panggilan telefon. Aira tiba-tiba mendapat panggilan daripada rakannya dan dia juga terpaksa pergi kerana ada hal kecemasan yang perlu dia selesaikan. Aku dah pernah cuba bagitahu secara atas talian tapi bibir aku tetap kelu dan tak pernah berhasil. Setiap kali aku nak cakap tu, setiap kali tu juga aku teringatkan moment bahagia kami. Aku benci dengan diri aku sendiri. Aku selalu rasa hubungan kami semakin hari, semakin hambar dan tak macam hubungn kami masa mula-mula bertunang.

Ada saja perkara yang boleh dijadikan bahan bergaduh atau ada saja tindakan yang menimbulkan rasa tak puas hati. Aku terfikir yang tunang aku  ni dah tak cintakan aku. Dia dah jarang text panjang-panjang paling kerap yang dia tanya,

‘Awak dah makan?’

‘Buat apa tu?’

Atau…

‘Jangan lupa makan, ya’

‘Jangan sibuk sangat, jaga diri tu.’

Dan aku pun akan membalas text dia dengan ucapan yang sama. Entahlah, aku rasa selalunya perempuan yang rasa macam ni tapi aku sebagai lelaki pula yang terlebih fikir.

Satu hari, tunang aku ada kursus 2 minggu di luar negeri dan aku kena hantar dia pergi airport. Masa hantar tu, kami Cuma diam. Walaupun kami jarang berbual dan berjumpa, kami tetap tak banyak cakap. Aira cuma minta aku hantar dia dekat pintu masuk saja sebab dia tahu aku ambil cuti separuh hari hanya untuk menghantar dia dan sebelum dia berlalu dia kata,

“ Terima kasih hantar saya. Saya harap lepas saya balik ni, kita ada masa untuk berjumpa. Jaga diri. Jangan stress, ok?” Dia melambaikan tangan dengan senyumannya yang manis. Aku hanya mengangguk kecil dan melambai kembali. Aira sempat meninggalkan pesan yang baik-baik tapi aku hanya diam dan bisu melambai dia pergi.

Sepanjang Aira pergi kursus, aku banyak lepak dengan kawan-kawan aku dan sepanjang kami lepak tu, ada saja antara mereka yang dapat kejutan daripada tunang atau pun isteri Aku mula bandingkan hubungan aku dengan Aira. Bila aku ingat balik, kami tak pernah ada kejutan antara satu sama lain dan bila aku tengok setiap mesej aku dengan Aira, aku baru sedar yang aku adalah orang yang paling jarang mengungkapkan pertanyaan atau pun kata-kata manis.

Selepas 2 minggu Aira habis berkursus, aku jemput dia di Airport dan masa tu aku tengok muka dia penat sangat tapi masih lagi mengukirkan senyuman. Aira ni manis orangnya dan dia memang seorang yang pendiam tapi bila dia dah start bercerita aku tak tahu bila nak berhenti. Sekarang, misi aku adalah untuk kembalikan Aira yang dulu. Dalam perjalanan aku tanya,

“ Macam mana Kursus?”

Dia senyum dan angguk sambil buat tanda okay. Aku senyum hambar dan aku tanya lagi,

“ Aira okay? Semalam, Naj call Air kata penat. Banyak kerja ke?”

“ Naj dah berubah,” Ujarnya sambil senyum memandang aku. Aku pelik.

Dia pun jujur dengan aku dan mengatakan sebenarnya, kursus dia cuma seminggu dan seminggu lagi dia hanya mengambil cuti untuk memberikan aku peluang berfikir tentang arah tujuan hubungan kami. Aira perasan yang aku semakin jauh dan dia juga minta maaf kalau dia dah buat silap. Aira kata,

“ Saya tahu saya tak selalu surprisekan awak dan saya tahu saya cuma tanya soalan remeh saja dekat awak tapi itulah saya,”

Aku kecewa dengan diri sendiri dan aku terus minta maaf dengan Aira sebab aku dah sedar yang selama ni aku lah orang yang tak hargai setiap benda kecil Aira buat. Aku terlalu memandang cinta itu pada perkara yang besar sedangkan, cinta tu sesuatu yang sederhana. Aku juga mula faham, mencintai seseorang maksudnya kita dah bersedia untuk menerima tingkah dia bukan sekadar rupanya.

Anda masih keseorangan?

842,306 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen