Jumlah nikah menurun, kes penceraian catat peningkatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika dilihat pada saat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, ramai yang bujang sudah mula mendirikan rumah tangga kerana dikatakan nikah musim ini mampu menjimatkan kos.


Namun begitu, berdasarkan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020, bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lalu menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya.

Kadar penceraian meningkat

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.


Beliau berkata, seiring dengan penurunan jumlah perkahwinan, kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.

"Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatkan penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas," katanya.

Tambahnya, kadar perceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan keatas, dengan kecenderungan serupa juga dilaporkan untuk wanita yang mencatatkan peningkatan dari 7.0 kepada 7.7 per seribu populasi wanita berkahwin.

"Purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun, manakala purata umur pengantin wanita meningkat dari 26 tahun (2018) kepada 27 tahun (2019)," jelasnya.

Kahwin lewat kukuhkan ekonomi

Katanya, senario semasa menunjukkan kecenderungan perkahwinan lewat berlaku dalam kalangan mereka yang berpendidikan dan berusaha untuk memperkukuhkan kestabilan ekonomi masing-masing, terutama yang tinggal di kawasan bandar.

Berdasarkan rekod oleh jabatan itu menunjukkan pengantin lelaki dan wanita yang paling tua adalah berusia 93 dan 86 tahun.

"Sebanyak 0.3 peratus pengantin lelaki berusia 65 tahun ke atas berkahwin dengan pengantin wanita yang lebih muda iaitu berusia sekitar umur 24 tahun dan ke bawah.

"Manakala 0.2 peratus pengantin wanita berusia 65 tahun ke atas telah berkahwin dengan pengantin lelaki lebih muda yang berumur 24 tahun ke bawah," katanya.

 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen