Warga emas gigih jual air tebu tepi jalan, warganet ajak orang ramai bantu beli

Oleh: Zuzu Yasmine

Segala usaha akan dilakukan demi mendapatkan sesuap nasi. Walaupun kudart sudah tidak kuat seperti dulu, tapi usaha itu lebih penting.


Meskipun sekadar berniaga di tepi jalan, dan pulang modal belum tentu lagi, tetapi demi mendapatkan rezeki yang halal tentunya perlu digagahi juga.

Jual air tebu tampung hidup

Tersentuh melihat usaha seorang warga emas yang gigih menjual air tebu di sebuah gerai tepi jalan di Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Menerusi perkongsi Facebook KakSah Katering Besut, gerai tersebut telah diusahakan oleh seorang warga emas berusia 78 tahun yang lebih mesra disapa sebagai Ayoh. Walaupun berada dalam usia emas, namun Ayoh tetap gigih berniaga demi menampung kehidupannya.

Dimesin sendiri oleh Ayoh

Lebih menyentuh hati apabila, air tebu yang dijual itu adalah bukan air bancuhan tetapi dimesin sendiri oleh Ayoh.

Berdasarkan posting yang tular itu, pengguna Facebook tersebut mengajak orang ramai untuk membeli air tebu yang dijual oleh warga emas terbabit.

Jom beli air tebu Ayoh...

Malah, menurut pengguna Facebook itu, Ayoh sudah lama berniaga di kawasan tersebut namun, gerainya sebelum ini dilanggar orang. Kini dia kembali membuka semula gerainya berhampiran dengan restoran makanan tempatan.

Video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata mendoakan agar perniagaan warga emas itu dipermudahkan dan dimurahkan rezeki, malah mengajak orang ramai disekitar kawasan tersebut membantu perniagaannya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen