Kumpul duit kerja di warung, gadis bagi RM3K buat ibu

Oleh: Zuzu Yasmine

Jasa ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sememangnya tidak mampu dibalas. Namun, sebagai anak tentunya mencari pelbagai cara untuk membahagiakan ibu bapa mereka.

Baru-baru ini, tular seorang gadis yang memberikan kejutan istimewa kepada ibunya mendatangkan sebak ramai pihak.


Jambangan buat ibu

Menurut sumber, gadis yang dikenali sebagai Nurhazreen itu tidak menyangka bahawa kejutan tersebut akan menyentuh emosi ibunya ketika menyambut ulang tahun ke-54, kerana dia tidak berada di tempat kejadian pada ketika itu.

Katanya, bunga duit itu merupakan jambangan yang menghimpunkan wang kertas berjumlah RM3,000.


Jelasnya, duit tersebut adalah hasil daripada tabungnya sejak Januari 2019 kerana dia berniat untuk memberi kejutan bunga duit itu kepada ibunya.

"Tapi dalam tabung hanya ada RM2,100. Saya cakap dalam hati kalau Allah izinkan saya bagi RM3,000, insya-Allah hajat itu akan ditunaikan"

"Saya dapat kumpul duit gaji saya lagi bagi mencukupkan jumlah RM3,000. Akhirnya dapat betul-betul bagi mak RM3,000," katanya.

Hasil gaji kerja warung

Tambahnya, duit tersebut adalah hasil dia berkerja di warung yang diusahakan oleh ibunya sejak 10 tahun lalu.

“Saya belajar setakat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saja. Sekarang ni, memang saya kerja dengan mak di warung, duit bunga tu gaji saya berkerja di warung emak,” ujarnya.

Katanya, tiada simbolik apa-apa berkenaan angka bagi nilai bunga duit tersebut sebaliknya hanya mahu gembirakan mak di hari lahir sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen