Terpaksa berpisah dengan anak, bayi berusia 14 hari disahkan positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Wabak Covid-19 akan menyerang sesiapa sahaja, tidak kira kanak-kanak mahupun warga emas. Seperti tidak memilih mangsa, bayi yang baru sahaja lahir ke dunia turut menjadi dijangkiti.

Walaupun pelbagai tindakan dan SOP telah ditetapkan, namun wabak ini masih lagi kekal dalam masyarakat sehingga ke hari ini. Malah, menjadi kebimbangan ibu bapa akan keselamatan dan kesihatan anak mereka pada ketika ini.



Bayi 14 hari positif Covid-19

Menerusi perkongsian di Facebook, Nesa Ayob meminta doa ramai apabila anaknya yang berusia 4 dan 2 tahun serta bayi disahkan positif.

“Doakan semoga anak-anak saya cepat sihat dan terus kuat. Kini tiga daripada empat anak saya disahkan Covid-19 selepas ahli keluarga terdekat yang turut positif virus ini.”

Menurut ibu berusia 25 tahun ini, setakat ini hanya dia dan anak sulungnya berusia 6 tahnun sahaja yang negatif Covid-19, manakala tiga lagi anaknya berusia 4, 2, dan 14 hari yang masih dalam pantang disahkan positif dan terpaksa dikuarantin untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Sekarang tiga anak lelaki diletakkan di pusat kuarantin manakala saya dan bayi perempuan yang masih dalam pantang ini berada di hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Lebih sedih lagi apabila suaminya juga tidak boleh bersama dengan mereka kerana berkerja di luar kawasan dan hanya mampu mendoakan mereka anak beranak dari jauh sahaja.


Ahli keluarga terdekat dijangkiti

Berkongsi lebih lanjut, Nesa berkata, 20 November lalu, pihak Kementerian Kesihatan membuat saringan di kawasan mereka sekeluarga tinggal. Apabila mendapat keputusan, beberapa ahli keluarganya disahkan positif.

Pada 25 November, mereka sekeluarga telah dibawa pihak KKM untuk menjalani kuarantin sekaligus melakukan ujian saringan. Selepas lima hari, keputusan tiga anaknya disahkan positif wabak tersebut.

“Rasa terkejut dan sedih apabila terpaksa berpisah dengan tiga anak lelaki hingga ke hari ini,” luahnya.

Katanya, ketika ini dia mengharapkan kesihatan bayinya dalam keadaan baik sebelum dapat ke pusat kuarantin bersama tiga abangnya. Bayi perlu ada dalam pantauan doktor terlebih dahulu selama 4 hari.

Meskipun terpisah dengan anak-anaknya sementara, dia tetap meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya dalam keadaan yang baik malah sentiasa aktif untuk bermain dan masih berselera untuk makan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen