Jodoh Yang Ditakdirkan

Oleh: Bella Bahrin

Hai, nama aku Yuna. Aku nak share sikit pasal pengalaman aku. Siapa-siapa yang ada masa boleh lah baca kisah ni. Mungkin tak best tapi boleh ambik mana yang baik dan bermanfaat dari cerita aku. Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki. Aku kenalkan nama dia Farhan dan dah masuk 5 tahun kami bersama. Sampai keluarga kami sudah saling kenal dan keluarga dia terima aku dengan baik. Sama juga dengan keluarga aku yang dah anggap dia macam anak sendiri.

Hubungan kami bahagia walaupun masing-masing banyak kekurangan. Tetapi kekurangan tu kami dapat tutup dengan kelebihan yang ada pada aku dan dia. Sampai satu hari, dia muncul dan semuanya hancur.

Dia bekas kekasih Farhan. Aku tau Farhan sangat sayangkan dia sebelum dia pergi tinggalkan Farhan sebab ikut lelaki lain. Memang ambik masa Farhan lupakan perempuan tu, sampai 3 tahun baru dia move on nak ada hubungan lagi. Itu pun mungkin sebab aku yang confess dulu, dan dia terima walaupun ambik masa lama untuk fikir. Aku gembira sangat sebab ingatkan hati dia dah terbuka untuk terima cinta baru. Kami akhirnya jadi sepasang kekasih dan dia layan aku baik sangat. Buat aku makin lama makin jatuh cinta dekat dia.

Hubungan kami berjalan lancar. Kalau ada selisih faham, biasanya Farhan yang mengalah dan memohon maaf. Dia sangat sabar melayan aku dan boleh aku kata kan dia lelaki paling ideal untuk jadi calon suami. Sayangnya siapa dulu yang pernah tolak dan campak dia, itulah yang aku fikir dalam hati. Tapi tak tahu dari mana masalah muncul, tiba-tiba dia berubah. Dia jadi pendiam dan layan acuh tak acuh. Puas aku tanya tapi dia cuma cakap.

“Tak ada apa yang jadi. Saya okay cuma penat je. Awak jangan lah risau sangat.”

Sebab tak tahan asyik dapat jawapan sama, aku nekad cari jawapan sendiri. Aku ikut kemana je dia pergi dan tak sampai seminggu, aku dapat jawapannya. Rupanya dekat belakang aku, dia pergi jumpa kekasih lama dia. Dan aku rasa diorang dah kembali bersama. Esoknya aku terus pergi berjumpa dengan Farhan dan aku mintak dia jelaskan semuanya. Mulanya dia tak nak mengaku tetapi bila aku bagi bukti barulah dia mengaku jugak.

“Maaf, saya dengan dia dah bersama balik 3 minggu lepas. Dia datang merayu dekat saya, saya rasa kesian.” Jawab Farhan dengan kepala tertunduk.

Aku yang dengar jawapan dari mulut dia tak tahu nak reaksi macam mana. Sedih, kecewa semua ada. Akhirnya cuma airmata je yang mampu aku luahkan untuk semua rasa sakit yang aku alami. Aku cuba tersenyum walaupun sakit sebab aku tahu, kalau aku suruh dia pilih antara aku dan perempuan tu, dia tetap akan pilih bekas kekasih dia.

“Takpe. Aku cuma doakan kau dengan dia kekal sampai bila-bila. Thank you semua kenangan yang kau dah bagi selama ni.”

Habis je ayat tu, aku terus pergi tinggalkan dia. Aku tak nak Farhan nampak aku menangis, aku tak nak nampak lemah depan dia. Aku nak dia tahu aku boleh hidup tanpa dia. Aku bukan perempuan lemah yang menangis merayu mintak dia jangan tinggalkan aku.

 

Aku duduk dekat kerusi taman yang jauh dari tempat Farhan mengaku semuanya. Aku tak nak bertembung lagi dengan dia. Dekat situlah aku menangis puas-puas sampai tak sedar ada yang duduk di sebelah aku. bila telinga aku dapat tangkap bunyi esakan kecil baru aku menoleh dan nampak seorang lelaki tengah menangis. Tapi dengan cepat dia lap airmatanya sambil mata dia memandang ke depan, termenung. Aku pun terus memandang ke depan, melihat pemandangan yang sedikit sebanyak boleh menyejukkan hati.

“Kenapa kau menangis?”

Aku terkejut dan terus pandang dia. Pelik kenapa tiba-tiba dia tanya, tapi aku abaikan rasa pelik tu. Aku terus luahkan semuanya dekat dia, aku memang perlukan seseorang untuk aku luahkan semua yang aku rasa. Aku tak kesah dia orang asing, aku cuma perlukan telinga untuk dengar semua yang aku rasa.

“Kau pulak kenapa menangis?” Soal aku selesai je aku cerita semua masalah yang terjadi.

“Mungkin kita memang ditakdir untuk jumpa. Aku sama je dengan kau.”

Akhirnya kami diam, melayan perasaan dan tenangkan diri. Hanya itu yang kami boleh lakukan buat masa ni.

Seminggu lepas semua yang terjadi, aku jumpa lagi dengan dia di taman yang sama. Kali ini kami berkenalan dengan betul dan nama dia adalah Haris. Kami bertukar nombor telefon dan semakin lama semakin rapat. Kami keluar bersama dan selalu habiskan masa berdua.

Selepas sebulan tempoh kami berkenalan, secara mengejut dia datang bawa keluarganya merisik aku. Terkejut tapi hati aku bahagia, gembira sangat walaupun baru sebulan kami kenal tapi dia ikhlas nak menghalalkan aku. Bagi aku tak apalah bercinta selepas nikah sebab lagi sweet dan halal. Selesai berbincang dan aku menerima lamaran Haris, keluarga kami menetapkan tarikh untuk bertunang dan menikah. Aku tak nak majlis terlalu mewah sebab aku tak nak membazir, aku tahu lepas kahwin banyak lagi duit yang kami perlukan. Alhamdulillah keluarga kami bersetuju.

Kini kami bahagia bersama, dikurniakan dua orang anak lelaki yang sihat dan comel. Untuk kekasih kami pulak, aku tak tahu apa yang terjadi. Yang kami dengar mereka masih belum lagi berkahwin tapi itu bukan lagi urusan kami.

Pesanan aku lepas semua yang terjadi dekat aku, jangan lah terlalu sedih bila kekasih tinggalkan kau untuk orang lain. Percayalah Allah akan gantikan seseorang yang lagi baik, yang memang ditakdir kan untuk kau. Jadi jangan membazir air mata dan mengemis untuk cinta lelaki yang dah campak kau. Bangun dan teruskan hidup, bahagia dengan life sendiri. Buat mereka fikir kau gembira walaupun tak ada mereka dalam hidup.

Itu je cerita yang aku nak kongsi, semoga cerita ni bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca kisah aku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen