Rider terima order Pizza, pelanggan kanak-kanak bayar pakai duit syiling

Kalau selalu dengar orang complain mengenai penghantaran makanan, tetapi kali ini berbeza apabila seorang pengguna Twitter berkongsi kisah lucu mengenai rakannya.

Menerusi capaian Twitter @idealuzair menyatakan bahawa rakannya Faiz Rosman berkerja sebagai penghantar makanan dan hari tersebut dirinya telah menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.


Lelaki tersebut turut berkongsi beberapa paparan skrin perbualan Whatsapp bersama rakannya yang menceritakan mengenai saat menghantar piza ke rumah kanak-kanak berkenaan.



Terima bag plastik syiling

Ketika tiba di sana, Faiz berkata dia menerima sejumlah dyit syiling dalam satu beg plastik sebagai bayaran. Kerana terburu-buru, dia tidak mengira wang tersebut dan terus beredar.

Faiz menukar duit syiling yang diterima di sebuah pam minyak dan menyedari bahawa kanak-kanak tersebut hanya membayar RM18 sedangkan jumlah sebenarnya adalah RM28.50.



“Takut ayah marah...”

Niat mahu mengusik, Faiz Whatsapp kembali kanak-kanak tersebut dengan memberitahu bahawa jumlah yang diterima tidak mencukupi selain bergurau ingin membuat laporan polis. Malah, Faiz juga meminta nombor bapanya untuk tuntut bayaran baki.

Takut akan gurauan itu, kanak-kanak tersebut meminta Faiz kembali ke rumahnya semula dan berjanji akan membayar baki selebihnya.

“Saya takut ayah saya marah. Saya cuma teringin nak makan. Abang datang lah rumah saya, saya bagi RM15 duit makanan & penghantaran,” kata kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, Faiz memilih untuk menghalalkan baki tersebut dan menasihati agar kanak-kanak itu tidak melakukan perkara seperti itu lagi.



Anda masih keseorangan?

842,314 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen