“Ayat manis, imej pendakwah sebab ramai gadis termasuk umpan...” - Pihak polis

Berikutan kes dakwaan rogol terhadap pendakwah selebriti yang kini masih ditahan reman hingga Ahad ini. Pendakwah tersebut dipercayai menggunakan kata-kata manis, dalam usaha menjerat semua mangsanya.



Mendekati mangsa yang masih muda

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya percaya pendakwah muda berkenaan menggunakan kata-kata manis, dalam usaha menjerat mangsanya. Malah, mangsa mudah tertarik dengan tingkah laku dan ayat yang digunakan oleh pendakwah berusia 25 tahun itu.

"Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mangsa mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.

"Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenangkan dan meyakinkan mangsa terutamanya bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.

"Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa," katanya.


Tunggu hasil siasatan

Mengulas mengenai dakwaan kononya pendakwah itu menggunakan ilmu pengasih, polis berkata setakat ini pihaknya tiada maklumat mengenainya.

Tambah beliau, semua laporan dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium digunakan.

“Bila siasatan lengkap, kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan.

"Jadi saya menyeru, yang pernah jadi mangsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu takut," tambahnya.


Anda masih keseorangan?

842,306 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen