Janji bantu sampai kurus, Wani tuntut pampasan dari Usahawan Kosmetik

Oleh: Zuzu Yasmine

Mendakwa dirinya dipergunakan oleh seorang usahawan kosmetik terkenal, Wani Comel bertindak menuntut pampasan ratusan ribu ringgit, upah serta beberapa perjanjian lain dariapda usahawan tersebut.


Jamin boleh senang

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawati Nazira menyatakan kontrak sebagai duta produk kurus yang ditandatangani pada September tahun lalu hanya memberi keuntungan kepada syarikat usahawan berkenaan.

“Janji jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang.

“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga,” katanya.

Gadis berusia 23 tahun itu juga mendedahkan bahawa kontrak berkenaan dibuat selepas menjalani pembedahan tanpa memberi penjelasan terperinci mengenai keuntungan sebagai duta produk pelangsingan badan.



Tambahnya, dia juga mendakwa tidak menerima bayaran setimpal seperti dijanjikan iaitu RM3,500 sebaliknya hanya mendapat kurang RM1,000 setelah mempromosikan produk tersebut.

Hadapi masalah sakit perut

Selepas diabaikan oleh usahawan berkenaan, gadis berasal dari Jerantut, Pahang menyatakan menghadapi masalah sakit perut akibat kesan pembedahan tersebut kerana tidak mendapat rawatan susulan.

Tidak hanya itu sahaja, Wani juga mendakwa bahawa dirinya pernah digertak oleh wakil usahawan berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila situasi sebenar terdedah selepas menerima bantuan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan.

Dalam pada itu peguam Nurul Airawani Nazira, Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan telah menghantar surat tuntutan kepada usahawan berkenaan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Tuntutan bagi pihak sana tujuh hari untuk perkara ini selesai. Kita akan hantar notis kedua jika tidak ada respon sekiranya tidak ada kita terpaksa ambil jalan terakhir, mungkin ke mahkamah,” katanya lagi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen