Baru saja sambut ulang tahun pertama, bayi maut tersedak susu

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama, bayi berusia setahun dipercayai meninggal dunia akibat tersedak susu di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang.


Menurut laporan Sinar Harian, insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi apabila Md Zarif Md Johari, 36, dan isterinya, Zurriyati Ishak, 29, terdengar bunyi batuk anaknya, Zulkarnain Md Zarif.

Katanya, ketika itu anak bongsu daripada lima beradik itu sedang tidur di atas katil bersamanya suami isteri.

"Bila saya bangun saya tengok dia dah muntah susu dan bibirnya biru. Saya cuba tepuk belakang badan tapi dia tidak lagi bernafas.

"Saya dan isteri kemudian segera membawanya ke hospital swasta yang berhampiran. Sebaik sampai, pihak hospital cuba memberikan bantuan pernafasan namun mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Tambahnya, anak baru sahaja keluar dari hospital kerana demam berulang kali selain tidak mempunyai selera maka, malah laporan perubatan mendapati dia dalam keadaan yang baik.

“Saya reda dengan ketentuan Allah, tapi sedih kerana saya dan isteri baru saja menyambut hari lahir arwah bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen