Lelaki Melayu bukan pilihan, Isha hanya minat lelaki Korea

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau biasanya lelaki romantik atau kelakar antara menjadi pilihan para gadis, namun berlainan pula dengan gadis ini apabila mempunyai keunikan sendiri dalam memilih calon suami.



“Lelaki Melayu bukan pilihan”, itulah yang dinyatakan oleh pengacara racangan Astro Gempak TV, Nurul Farisha Norsham atau lebih dikenali sebagai Isha.

Isha yang mengakui bahawa dirinya masih lagi solo serta menyatakan bahawa dirinya mempunyai lelaki idamannya tersendiri malah telah menghapuskan peluang mana-mana lelaki Melayu yang menyimpan perasaan kepadanya.


Isha turut menyatakan bahawa dirinya tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, kecuali lelaki yang berasal dari Korea.

“Ciri-ciri terpenting untuk menjadi pasangan saya ialah harus mempunyai ketinggian 180cm ke atas. Kini, saya memang sedang cari lelaki yang mempunyai kriteria tersebut untuk dijadikan suami,” katanya.

Tambahnya, syarat yang ditetapkan kerana dirinya meminta artis Korea Lee Min Ho yang terkenal dengan drama 'Boys Over Flower'.

Gadis berusia 24 tahun itu juga menyatakan bahawa itulah beberapa cabaran buat lelaki yang ingin menawan hatinya.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen