Lengkap pakai baju lokap, pendakwah selebriti direman lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Susualan kes seorang pendakwah selebriti yang ditahan atas dakwaan merogol dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini untuk permohonan reman oleh pihak polis.



Menerusi Harian Metro, suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis.



Suspek kemudian dibawa ke Bilik Reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.

Menurut sumber, suspek direman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii terhadapnya yang berlaku di daerah ini.



Sebelum ini, pihak polis Petaling Jaya telah menerima dua laporan polis terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Terdahulu, pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis tahun lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

Susulan daripada itu, pihak polis Petaling Jaya memaklumkan bahawa suspek yang sebelum ini disiasat oleh pihak polis Shah Alam akan diserahkan kepada pihak polis Petaling Jaya bagi siasatan kes di daerah tersebut pula.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen