"Harap pihak polis ambil tindakan tegas jika berlaku penipuan..." - Peguam pendakwah selebriti

Oleh: Zuzu Yasmine

Peguam pendakwah selebriti yang berdepan dengan beberapa tuduhan merogol dan cabul meminta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas sekiranya wujud unsur laporan palsu berkaitan anak guamnya.



Menurut Syed Amirul Syed Edros yang merupakan peguam pendakwah tersebut berkata, polis perlu berlaku adil kepada kedua-dua pihak dalam menyiasat dan mengadili sesebuah kes.

“Saya berharap polis bukan sahaja memberikan status tiada tindakan lanjut (NFA) kepada dua laporan polis rogol dan cabul terhadap anak guam saya.

“Saya juga harap sekiranya terdapat unsur laporan palsu dalam kedua-dua laporan NFA, ambil tindakan kepada pengadu kerana kita juga selain menegakkan hak hak mangsa sekiranya berlaku jenayah, kita juga hendak menegakkan hak anak guam saya.

“Kita takut ada pihak yang sengaja membuat laporan untuk menambah serta memburukkan lagi keadaan anak guam,” katanya.

Tambahnya, tindakan itu penting kerana orang awam sentiasa menganggap sekiranya laporan polis dibuat ia bermakna anak guamnya bersalah.



Syed Amirul juga sempat mengulas berkenaan komen orang awam mengenai kenyataan polis mengenai siasatan kes berkenaan.

“Saya cuma nak bantu pemahaman orang awam bahawa apa yang diberitahu pihak polis termasuk maklumat berkaitan orang kena sabit kononnya memberitahu mangsa dia pengamal perubatan Islam dan ada guna minyak pengasih dan sebagainya serta mangsa pula dibawa ke rumah dan ditingalkan Grab sebagainya belum dibuktikan di mahkamah.

“Orang awam perlu faham bahawa kenyataan spesifik sebegitu belum menjadi fakta dibuktikan dan diuji di mahkamah sebelum menerima sebagai keterangan untuk menyabitkan pendakwah dengan mana mana kesalahan.

“Untuk setiap laporan sudah tentulah ada pengadu membuat laporan dan kita harap orang awam tak terima laporan-laporan ini sebagai bukti bahawa anak guam saya bersalah.

“Dia direman hanya untuk membantu siasatan polis kerana polis setelah menerima laporan perlu siasat kes sehingga selesai dan hasilnya barulah dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk dituduh atau sebaliknya,” tegasnya.

Terdahulu, pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis tahun lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Setakat ini, lapan laporan polis diterima polis daripada lapan mangsa berlainan manaka dua laporan polis rogol ke atas suspek berkenaan berstatus NFA iaitu satu di IPD Shah Alam dan satu lagi di IPD Subang Jaya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen