Mayat reput tanpa kepala ditemui dalam banglo

Oleh: Zuzu Yasmine

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tanpa kepala di atas bukit berhampiran hutan tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini.



Menerusi laporan Kosmo! Online, pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 11.45 pagi.

Malah, dipercayai mayat lelaki yang dipercayai sudah reput dikatakan telah meninggal dunia lebih tiga hari lalu ditemui dalam sebuah banglo lama kira-kira lima meter dari kaki bukit.



Menurut Pasukan Bomba Sukarela Gombak, mayat tersebut dijumpai oleh Orang Asli yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Operasi membawa turun mayat agak sukar susulan pihak berkuasa perlu mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke lokasi penemuan mayat.



Operasi membawa turun mayat itu dilakukan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen