2 anggota polis didakwa paksa pasangan kekasih lakukan seks oral, cabul dan peras ugut

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular baru-baru ini berkenaan dua anggota polis didakwa melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil merakamnya di Pengkalan Chepa di sini, Jumaat lalu.

Susulan itu, dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.



Menurut Harian Metro, anggota tersebut berusia 31 hingga 35 tahun dipercayai turut melakukan peras ugut sebanyak RM1,250 selain turut menumbuk seorang daripada mangsa.

Sedang lakukan rondaan

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku pada 10.45 malam ketika kedua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan kekasih berusia linkungan 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi jalan.

"Anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang daripada mangsa sambil mengugut mereka dengan meminta wang sebanyak RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama.

"Selepas memperoleh wang berkenaan yang dikeluarkan di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa minta pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis itu.

"Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM," katanya.

Siasatan sedang dijalankan

Jelasnya, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

"Susulan itu, kita sudah menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan mangsa dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

"Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen