5 Tips Taaruf Untuk Pasangan Yang Nak Berkahwin.

Memang mendebarkan saat-saat bertemu dengan seseorang yang mungkin menjadi pasangan hidup anda anda. Suasana jadi sunyi, nak berbicara tapi janggal. Mata hanya mampu merenung lantai, rasa malu dengan ibu bapa, ditanya soalan yang susah, dan bertanya soalan yang sama susah - bagaimana orang lain boleh laluinya?

Jadi, kami sediakan tips untuk bantu anda semasa berjumpa dengan bakal pasangan buat kali pertama dengan penuh keyakinan!



1. Buat ulangkaji.

Sebelum anda berjumpa dengan seseorang yang berpotensi menjadi pasangan hidup anda, lakukan sedikit ulangkaji tentang latar belakang dirinya. Tanya pada keluarga dan rakan-rakannya. Ia juga amat penting untuk tahu personaliti dan latar belakang dirinya sama ada dengan bertanya pada jiran-jirannya, rakan sekerja, komuniti masjid atau teman-teman rapatnya. Ini akan membantu anda buat keputusan sama ada ingin berjumpa dengan si dia atau tidak sebelum memulakan langkah yang lain.

Anda perlu tahu apa hobinya, di mana dia bekerja, jenis personalitinya, latar belakang keluarganya dan sebagainya. Kemudian, berdasarkan apa yang anda sudah tahu, senaraikan soalan-soalan yang anda boleh tanyakan pada si dia.



2. Minta privasi untuk berbicara.

Kadangkala bila anda anda dan si dia berjumpa buat kali pertama, ibu bapa masing-masing ingin turut serta. Mereka pun mahu tahu tentang bakal pasangan anak mereka bukan? Tapi untuk anda, berjumpa dengan si dia sudah cukup janggal, apatah lagi bila ditambah dengan kehadiran keluarga.

Minta kebenaran dari mereka untuk anda bercakap dengan si dia secara berasingan. Untuk pastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang dan tak ada tipu helah, kami syorkan anda ditemani dengan seorang sahaja yang ada percaya sepenuhnya. Bincang dahulu dengan orang tersebut tentang soalan-soalan yang ingin anda tanyakan dan pastikan objektif anda tercapai sebut mengakhiri pertemuan.

3. Tanya tentang diri pasangan.

Bila anda berjumpa dengan seseorang buat kali pertama, sebaiknya janganlah hanya bercakap tentang diri sendiri saja. Jika anda memulakan perbualan mengenai diri sendiri, anda akan nampak seperti mementingkan diri sendiri. Tanyalah soalan mengenai diri bakal suami dan secara semulajadi, dia juga akan banyak tertanya tentang diri anda.

Antara soalan-soalan menarik yang boleh ditanya bagi memulakan bicara termasuk meminta dia menggambarkan dirinya dengan tiga perkataan, bertanya tentang hobinya, kegemarannya dan apa yang suka dilakukannya ketika bersantai. Dan jangan lupa soalan paling penting sekali - solat cukup lima waktu?



4. Tanya tentang harapan mereka dalam perkahwinan.

Mungkin topic ini agak sukar, tapi ianya perlu dibincangkan bagi membantu anda membuat penilaian sama ada si dia serasi atau tidak dengan anda. Apakah makna perkahwinan padanya? Pada dia, apa peranan suami dalam perkahwinan? Apa pula peranan isteri? Bagaimana dia merancang untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarganya? Bila dan dimana agama diamalkan dalam keluarganya sekarang, dan bagaimana dia rancang untuk amalkan agama dalam keluarga yang bakal dibina nanti?

5. Bercakap dengan keluarganya.

Kebanyakan orang hanya mementingkan orang yang akan mereka kahwini, dan meletakkan keluarga di tempat kedua. Tapi dalam masyarakat kita, bila anda berkahwin dengan seseorang individu, anda juga berkahwin dengan keluarganya. Berbual dengan keluarganya. Cuba ambil tahu bagaimana kehidupan seharian keluarganya serta apa harapan mereka; ini akan membantu anda untuk di mana tempat anda dalam keluarganya nanti. Anda juga perlu bersedia jika ditanya soalan-soalan yang sama. Beri jawapan dengan penuh hormat. Sentiasa jujur dan berhati-hati untuk tak menyinggung perasaan sesiapa. Ingatlah bahawa setiap Muslim yang sejati mempunyai akhlak yang baik.

Walaupun mungkin nanti anda akan rasakan yang si dia mungkin bukan calon yang terbaik untuk anda, sekurang-kurangnya ia pengalaman yang hubungan keluarga anda dan keluarganya masih boleh berjalan dengan baik. Kalau anda rasakan si dia sesuai untuk anda, bincanglah bersama untuk mengaturkan pertemuan seterusnya. Jangan lupa solat istikharah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen