Aeril kantoikan Wawa Zainal tak pandai masak, yang penting terima seadanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkenal sebagai pasangan yang romantik, siapa yang tidak cair melihat gelagat suami isteri ini Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal.



Baru-baru ini, Aeril dikatakan telah memecahkan rahsia bahawa isterinya sebenarnya tidak pandai memasak.

Menerusi video di Instagram milik Wawa, suaminya itu dikatakan memberi sedikit pendapat mengenai kaum wanita yang tidak pandai masak selepas seorang stokis produk mereka merungut akan perkara tersebut.

"Penting pandai cari duit"

Dalam video tersebut, Aeril berkongsi pendapat akan wanita yang tidak pandai masak namun sekurang-kurangnya perlu tahu mengenai asas memasak seperti masak air, nasi dan sebagainya.



Pada ketika itu jugalah, pelakon ini memecahkan rahsia bahawa isterinya tidak pandai memasak sambil berseloroh. Namun, dia terima kekurangan itu seadanya.

“Macam Wawa pun tak pandai masak, saya terima je seadanya” ujarnya.

Lelaki sekarang suka order je

Katanya lagi, tidak memasak itu bukan isu penting kerana lelaki pada zaman ini bila lapar akan membuat pesanan atas talian untuk membeli makanan.

Pernah belajar masak

Melihat ke ruangan kapsyen Wawa, dia mengakui pernah membeli pelbagai jenis buku masakan semata-mata ingin belajar memasak.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian dari pengikutnya hingga meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen. Malah ada juga diantara mereka yang bersetuju dan tidak akan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen