Terlalu Mudah Jatuh Cinta. Jangan...Mahalkan Harga Dirimu.

Memang seronok rasanya bila jatuh cinta. Bila hati sedang leka dibuai perasaan, kewarasan akal semua ditolak tepi. Yang nampak, hanya si dia yang dicintai sampaikan semua kehendaknya dituruti. Tak kisah apa kata orang sekeliling, yang penting, hati rasa bahagia. Walaupun mungkin tak keluar bersama atau berpegangan tangan, tapi masih saling asyik ber'sms', chatting, hantar ayat-ayat 'Islamik', berpuisi dan sebagainya. Bila hati sedang asyik dibuai cinta, kita pun sibuk cari petanda bahawa dia memang jodoh kita. Masa itu, mungkin anda tak tahu lagi, rasa itu cuma sementara. Kalau dalam cerita dongeng dari novel pun, ada konfliknya, inikan pula kita di alam realiti.



Hakikatnya, ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai kerana masing-masing belum cukup matang untuk tempuhi alam rumahtangga. Ada yang main kayu tiga, sebab tak cukup matang untuk pegang janji setia. Ada yang bergaduh tentang duit, sebab tak cukup matang nak faham pentingnya tanggungjawab dalam keluarga. Macam-macam alasan, tapi pokok pangkalnya selalu berkait dengan kematangan. Cinta di dunia realiti tak sama dengan dalam novel, drama, atau filem cinta. Cinta sejati tak mudah. Usaha untuk kekalkan cinta kena berpanjangan, sebab konflik bukan datang sekali saja. Rumahtangga akan jadi bahagia bila kita usaha untuk cari bahagia itu. Tanpa sebarang usaha dan hanya harapkan pasangan anda buat semuanya untuk anda, pasti anda akan kecewa dan akhirnya rumahtangga itu pun boleh buat anda terseksa.



Cinta tu fitrah, jadi tak ada salahnya kalau anda jatuh cinta. Tapi sebelum itu, pastikan dulu yang anda dah betul-betul bersedia. Baca buku, tanya orang sekeliling, tanya orang-orang yang lebih tua, dengar ceramah dan sebagainya supaya nanti bila anda jatuh cinta, anda tahu bagaimana nak kawal perasaan anda. Jangan terlalu mudah 'cair' dengan ayat-ayat cinta. Jangan terlalu senang terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. Jangan biarkan perasaan jadi 'lembik'. Kalau cinta sebegini yang anda kejarkan, bagaimana cinta ini nak membawa anda ke Syurga? Jadi kuatkan hati. Kalau belum masanya anda jatuh cinta, jangan terlalu kejarkan cinta itu sebab tujuan hidup kita bukan semata-mata untuk cinta.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen