Lupa isi petrol lepas bayar, pekerja stesen minyak cari Fauzi Nawawi nak pulangkan wang

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti pernah lalui hari yang terlupa itu ini. Kadang ada juga yang sampai lupa nak makan atau lupa kunci pintu rumah.

Tapi berlainan pula dengan pelakon Fauzi Nawawi, yang terkenal dengan watak antagonis dalam setiap lakonannya.



Kalau orang lain terlupa bawa kunci tetapi pelakon ini pula terlupa untuk mengisi minyak keretanya walaupun bayaran sudah dilakukan.

Menerusi Instagram miliknya, pelakon berusia 47 tahun itu telah memuat naik satu posting mengenai perbualan dirinya dengan seorang individu menerusi Instagram.

Posting berkenaan adalah mengenai seorang individu begitu baik dan jujur, yang mahu memulangkan wang pelakon tersebut kerana terlupa mengisi minyak yang sudah dibayar.

Selalu lupa isi minyak

Dalam perkongsian tersebut, suami kepada pelakon Lisdawati ini juga mengakui bahawa dirinya sering terlupa mengisi minyak apabila sudah membuat pembayaran.

“Hari ini dah kali ke-4 jadi macam ni.. masuk stesen minyak bayar duit beli air tin lepastu masuk kereta terus jalan. Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isu pun tapi duit dah bagi,” tulisnya.

Kongsinya lagi, dia redha dan tidak mahu berpatah balik kerana perjalanan tersebut sudah jauh. Malah dia tidak menyangka, Zahrina yang merupakan salah seorang perkerja stesen minyak tersebut ingin memulangkan semula wang yang sudah dibayar olehnya.

Tak sangka ada yang jujur

Katanya, dia tidak menyangka ada hamba Allah yang jujur dan mulia hati seperti wanita terbabit.

Dikesempatan itu, Fauzi juga mengucapkan terima kasih atas sikap jujur dan amanah itu dimana hanya Allah SWT dapat membalas segala kebaikan yang diberikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar perkerja stesen minyak itu dibalas kebaikan dan dimurahkan rezeki.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen