Sanggup dukung isteri mudahkan urusan, ramai sebak lihat pengorbanan suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa bersedia melengkapi antara satu sama lain, itulah antara janji pasangan suami isteri semasa mendirikan rumah tangga. Tidak kiralah dalam apa jua keadaan, tetapi jika sentiasa setia dan kekal di sisi tentunya rumah tangga akan bahagia.



Nak-nak lagi apabila isteri serba kekurangan, namun dengan adanya suami di sisi tentunya dia tidak akan merasai kekurangan tersebut.


Sanggup dukung isteri

Perkara sedemikian dilalui oleh pasangan suami isteri dari negara jiran, apabila suaminya sanggup mendukung isterinya ke mana-mana.

Menerusi akaun TikTok @dewidian, seorang lelaki dilihat sedang mendukung isterinya di sebuah pusat mengundi. Terlihat begitu sayang suaminya pada isterinya hingga sanggup mendukung isterinya walaupun di khalayak ramai.



Kurang stabil

Difahamkan, wanita tersebut tidak mampu berjalan seperti orang normal. Malah jika dibiarkan berjalan tanpa bantuan, wanita tersebut boleh jatuh kerana kurang stabil. Jadi suaminya akan mendukung bagi memudahkan urusan isterinya.



Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga terlihat begitu setia menemani isterinya dari awal proses mengundi sehingga ke akhirnya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kesetiaan lelaki tersebut yang sentiasa ada dalam susah dan senang isterinya. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa wanita tersebut cukup bertuah memiliki suami yang baik seperti lelaki tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen