Vaksin Covid-19 selamat digunakan, walau 6 maut dalam ujian vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, orang ramai telah mula menarik nafas lega apabila vaksin akan wabak Covid-19 sudah berjaya dihasilkan, malah telah mula digunakan oleh beberapa negara.

6 kematian ujian vaksin

Namun begitu, kebimbangan mula timbul apabila enam kematian dalam dalam ujian percubaan vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech.



Menerusi laporan Harian Metro, kematian tersebut tidak dikaitkan dengan penggunaan vaksin berkenaan.


Politico melaporkan ia berdasarkan laporan fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 berkenaan yang dikemukakan untuk analisis Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bagi permohonan kebenaran penggunaan kecemasan.

Berdasarkan data dalam laporan berkenaan, dua individu yang menerima vaksin itu ketika tempoh percubaan, meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo.

Tidak terikat dengan vaksin

Malah kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.



Menurut laporan setebal 53 muka surat yang dikeluarkan pada Rabu itu, vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19 iaitu sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.

Tahap keberkesanan 95%

Data juga menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan pada tahap 52 peratus selepas dos pertama.

Sehubungan itu, laporan itu merumuskan keberkesanan data memenuhi jangkaan FDA bagi kebenaran kegunaan kecemasan.

Setakat ini, United Kingdom menjadi negara pertama yang sudah meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin Pfizer/BioNTech Covid-19.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen