Demi pikat hati mertua, gadis sanggup menyamar jadi anggota polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi pikat hari mertua, seorang gadis sanggup menyamar menjadi seorang anggota polis berpangkat Inspektor gara-gara berusaha mencari jodoh.

Menurut laporan Berita Harian, helah suspek yang berusia 20 tahun itu terbongkar selepas penyamarannya di hidu oleh pihak keluarga teman lelakinya.



Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata penahanan suspek dilakukan susulan aduan yang diterima keluarga teman lelaki suspek yang curiga dengan kelakuan rakan anaknya itu sepanjang menumpang di kediaman mereka.



Katanya, wanita berkenaan berasal dari Sabah dan datang Kelantan, namun terlebih dahulu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

"Sebaik tamat tempoh kuarantin, wanita berkenaan menumpang rumah teman lelakinya yang juga anggota tentera di Bachok, selama seminggu dan turut membawa pakaian operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan nama sebagai Humairah pada pakaian itu.

"Dalam tempoh itu, wanita terbabit mendakwa dia seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, namun tindakannya itu menimbulkan curiga kepada keluarga berkenaan termasuk boleh bercuti dalam tempoh lama.

"Susulan itu, keluarga berkenaan tampil membuat aduan kepada pihak polis sebelum wanita terbabit ditahan," katanya.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan kes sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala Lumpur.


Tambahnya, kemungkinan suspek menyamar sebagai Inspektor polis untuk mencari jodoh, selain mampu meyakinkan keluarkan teman lelakinya.

"Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pakaian operasi PDRM dan suspek direman sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan tambah Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis ," katanya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen