Isteri buat surprise beri 10 helai baju, nada lembut suami jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada wang ringgit, tetapi keikhlasan pasangan itu sebenarnya lebih berharga dan membawa bahagia. Nak-nak lagi jika memiliki pasangan yang tahu menghargai tentunya menjadi kelebihan untuk lebih bahagia dalam rumah tangga.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini apabila memberi kejutan buat suami tercinta secara suka-suka sahaja.



Hadiah suka-suka

Menerusi aplikasi TikTok, @Yaya_aya202 telah berkongsi sedikit moment ketika dia memberi kejutan buat suami tercinta dengan beberapa helai baju yang dibeli secara online.


Melihat ke rakaman tersebut, lelaki berkenaan terlihat teruja apabila isterinya memberi bungkusan tersebut kepadanya. Malah, dia melihat dengan teliti setiap helai baju sambil memuji dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut.



Siap cium baju diberi

Menurut Yaya, hadiah yang diberikan itu bukanlah hadiah yang mahal dan sekadar pemberian suka-suka tanpa niat apa-apa.



Tidak kisah akan perkara itu, suaminya turut mendoakan agar rezeki dan kesihatan isterinya terus dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Lembut betul cara suami dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara lelaki berkenaan bercakap dengan isterinya yang dikatakan sopan dan lembut.

Malah, mereka juga menyatakan bahawa wanita berkenaan sangat beruntung kerana miliki suami yang menghargai pemberian isteri walaupun bukan barang mahal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen