Dari Proton Wira ke Mercedes, lelaki luah syukur ada isteri kongsi susah senang

Oleh: Zuzu Yasmine

Susah senang dalam hubungan, tentunya hanya diketahui oleh pasangan sahaja. Disitulah kesetiaan pasangan teruji sama ada untuk kekal bersama atau sebaliknya.

Jika pilih kekal bersama dan setia, tentunya kebahagiaan sebenar akan menyusul bila tiba waktu yang tepat.



Itulah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini yang berkongsi sedikit kisah mereka sebelum berkahwin sehingga kini sudah memiliki seorang cahaya mata.

Menerusi capaian Twitter suami kepada seorang Instafamous Adira Salahudi iaitu Ammar Azizan telah memuat naik foto mereka sedang ‘posing’ di hadapan kereta lama dan kereta baru.



Menurut Ammar, sebelum berkahwin, mereka hanya menggunakan kereta model Proton Wira sebagai pengangkutan mereka. Namun, selepas berkahwin rezekinya bertambah dalam mereka menguruskan perniagaan dan kini mereka bukan sahaja menimang cahaya mata tetapi juga memiliki kereta baru.

“Dari bercinta tahun 2013 pakai wira turbo. Alhamdulillah lepas kahwin dapat rezeki tukar kereta dapat anak hagemaru. Bersyukur sangat,” tulis Ammar.

Hasil perkahwinannya dengan isteri tercinta Adira, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel diberi nama Adam Arsel Dimar.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata beri ucapan positif terhadap pasangan ini selain memuji kecomelan anak mereka. Malah ada juga yang menyatakan bahawa pasangan ini beri inspirasi kepada mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen