Setahun tak pernah jumpa, suami hanya kenal anak menerusi 'video call' je

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa kuat walaupun berjauhan dengan suami tercinta, nama pengacara Dayah Bakar tentunya menjadi inspirasi kepada mana-mana pasangan suami isteri yang jalinkan hubungan secara jarak jauh.



Mampu video call saja

Sudah hampir setahun Dayah dan suami tidak berjumpa kerana suaminya bertugas di Australia. Malah, sejak hamil hingga anaknya selamat dilahirkan, panggilan video sahaja menjadi penghubung pasangan ini.


Sedar tak sedar, sudah cecah usia 4 bulan anak lelaki pasangan ini yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri. Walaupun suaminya, Kapten Hanif Hamidi jauh di mata namun, sepanjang anaknya itu membesar pengacara tersebut sentiasa akan berkongsi moment penting bersama.



Dah pandai meniarap

Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, Dayah telah berkongsi momen bayinya yang dikatakan sudah pandai meniarap dan memusingkan badan. Dapat dilihat juga, sumainya Hanif begitu teruja melayan anaknya di hadapan skrin telefon.



Malah, kedengaran juga Hanif memberi sokongan dari jauh kepada anaknya walaupun hanya melalui video call.

Hikmah besar menanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai kata-kata positif buat Dayah, malah turut mendoakan agar pasangan ini sama-sama kuat menempuhi hubungan jarak jauh.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen