'Reward' hujung tahun, suami beri gelang RM42K hargai isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita dan emas sememangnya tidak boleh dipisahkan. Bertambah sayang seorang isteri pada suami jika tiba-tiba terima kejutan seutas gelang emas. Itu kalau seutas, bagaimana kalau dua? Tentunya kasih sayang bertambah-tambah.

Terima dua utas gelang

Itulah yang diterima oleh wanita ini apabila sebelum tamat 2020, dia menerima ganjaran emas dari suami tercinta.



Menerusi aplikasi TikTok milik Anie Nanie, dia telah menerima dua utas gelang tangan emas dari suaminya yang hampir bernilai RM42,000.

Design gelang curi perhatian

Menurut Anie, sebagai menghargai pemberian suaminya, dia turut mengucapkan terima kasih menerusi rakaman video yang dikongsi.



Bukan sahaja nilai barang kemas tersebut yang mendapat perhatian, namun design gelang emas turut menjadi perhatian warganet yang berbentuk lonceng bulat berukuran besar dan juga kecil.



Perkongsian tersebut telah mengudang pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata memuji wanita berkenaan yang cukup bertuah memiliki suami pemurah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen