Happy family?

Oleh: Siti Nur Ain

Aku nak tanya. Apa perasaan korang yang dapat family bahagia, sempurna, mak ayah selalu bagi sokongan tak kira apa pun keputusan dan pilihan yang kau buat? Aku selalu tertanya, perasaan tu macam mana? Lagi-lagi bila aku tengok keluarga kawan sendiri bahagia dan tersenyum je. Korang mesti pelik kenapa aku tanya semua tu kan? Sebab aku tak pernah rasa semua tu. Mak aku baik, tapi hakikatnya aku tertekan dan stress sangat.

Aku anak bongsu dari 3 adik beradik. Ada seorang kakak sulung dan seorang abang, aku pula perempuan dengan beza umur yang agak jauh. Hubungan kami memang rapat, dan mungkin kenapa aku boleh bertahan sampai sekarang, sebab abang dan kakak aku. Ayah aku orangnya garang. Garang sangat dan muka dia bengis. Setakat lempang kami masa kecil tu dah jadi perkara biasa. Ni kami dah besar, dah tak adalah nak lempang lagi.

Cuma ayah aku orangnya tak sabar. Pantang ada salah, habis kena maki. Setakat perkataan ‘sial, binatang’ tu dah jadi makanan harian. Ada yang lagi teruk lagi aku kena. Sampai ke hari ini aku masih lagi kena maki sebab yelah aku masih belajar dan tinggal dekat rumah. Kakak dengan abang aku masing-masing dah bekerja dan duduk jauh dari rumah. Seminggu sekali bila cuti barulah dapat jumpa. Jadi aku sorang je lah kena hadap semua ni bila aku kena maki dan marah sebab lambat buat kerja, atau ada salah walaupun sikit je.

Sebabkan dari kecil aku selalu kena tengking, kena maki, aku jadi takut dan cemas bila ayah aku jerit nama aku. Suara ayah aku memang kuat dan kasar, jadi bila aku dekat bilik dan dia dekat ruang tamu, aku terus panik bila nama aku kena jerit. Jantung aku berdebar dan takut, sampai aku lari sebab aku takut sangat buat dia hilang sabar. Tapi start aku remaja ni, aku rasa tertekan sangat. Sampai masa ayah aku jerit nama aku, aku boleh nak tumbuk dinding atau hantukkan kepala aku. Aku benci bila dia jerit nama aku sedangkan aku dekat bilik je. Bukannya dekat luar rumah.

Emosi aku dekat dalam rumah memang tak menentu. Kadang bila ayah aku jerit panggil, aku akan balas menjerit. Masa tu memang emosi aku tak boleh kawal. Aku ngaku, aku selalu cederakan diri sendiri semata-mata nak redakan emosi aku. Sekurangnya rasa sakit tu buat aku sedar daripada aku buat benda yang bukan-bukan. Sekurangnya aku sakitkan diri sendiri. Tak ada libatkan orang atau buat orang rugi dengan tindakan aku.

Mak aku pula terbalik dengan ayah aku. Mak aku ni lembut, sabar, tak pernah pukul kami, diam je bila ayah aku maki semua. Tapi mak aku suka bandingkan aku dengan abang aku. Kakak aku pelajaran dia sampai SPM je, sedangkan abang aku pula sampai diploma and dapat sijil pelajar terbaik dalam kelas dia. Aku pula yang baru habis semester 3 diploma, bila result keluar selalu kena tanya.

“Berapa A keputusan? Kenapa ada 2 B ni? Cuba jadi macam abang. Jadi pelajar terbaik, semua dapat A”

Sikit pun tak pernah mak puji aku bila aku dapat 5 A, yang mak tengok 2 B tu je. Walaupun pointer aku 3.5 ke atas, tapi mak tutup mata tak pandang pun semua tu. Yang ditanya selalu, kenapa tak straight A? Kenapa tak jadi macam abang? Cuba ikut macam abang dah ada kerja bagus. Dengan semua soalan tu yang aku dengar hari-hari, lama-lama aku tertekan, atau mungkin satu tahap nanti aku akan jadi depress. Aku selalu nangis dekat bilik, tak ada seorang pun tahu aku nangis, aku tutup bantal dekat muka aku dan jerit. Yang selama ni mereka tahu, aku anak ceria dan selalu tersenyum ketawa. Hakikatnya aku menderita sangat dekat dalam ni. Tak ada seorang pun tahu.

Akibat dari situ, aku jadi tak banyak bercakap dengan mak dan ayah aku. Kalau aku balik Universiti dan mak telefon, perbualan kami tak sampai 10 minit sebab aku tak tahu nak cakap apa. Aku jadi tak nak bercakap dan malas jawab soalan mak yang selalu berkaitan dengan pelajaran aku. Ya, aku memang berbeza dengan kakak aku yang rapat dengan mak dan ayah. Mak pun selalu puji kakak. Kakak pandai masak, kakak rajin, kakak selalu berbual dan bergurau dengan mak dan ayah. Sedangkan aku lebih suka duduk dekat bilik. Bukan niat aku nak duduk dekat bilik dan langsung tak keluar rumah, cuma aku rasa dekat bilik lah baru aku tenang, tak tertekan dan aku gembira. Bila aku keluar, aku terus tertekan dan perasaan tu aku tak suka, aku benci perasaan tertekan tu.

Aku ingat lagi, masa PKP kami kena balik dan teruskan pengajian kami dari rumah. Masa tu juga aku menangis bila aku kena balik rumah dan belajar dekat rumah. Seboleh-bolehnya aku langsung tak nak duduk dekat rumah. Dengan pressure dari mak aku, dengan ayah aku yang terus minta aku buat semua kerja walaupun dia tahu aku ada kelas masa tu juga. Bila aku cakap yang aku ada kelas. 

“Kelas 24 jam je! Tolong orang tua sikit pun tak nak! Anak tak guna!”

Korang cuba cakap apa yang aku kena buat masa tu? Sedangkan kelas lagi 5 minit je nak start tapi ayah kau cakap macam tu? Akhirnya aku belajar depan laptop sambil menangis. Sepanjang kelas tu aku menangis dan tak buka kamera walaupun lecturer aku minta buka. Aku tutup pintu dan kunci tak nak mak aku tahu. Kalau mak aku tahu pun, dia tak boleh buat apa. Cuma cakap sabar dan sambung belajar dapat result semua A. 

Aku derita sepanjang PKP dekat rumah, bukan sebab study tapi sebab parents aku. Aku pun masih terkejut aku boleh tahan dan tak gila bila habis PKP ni. Mungkin bagi korang benda ni biasa, atau ada lagi yang lagi teruk, tapi masih kuat dan bertahan. Korang boleh cakap aku ni lemah, yang dah berapa kali fikir nak bunuh diri pergi terjun bangunan. Lagi-lagi masa kau takut bila buat salah, rasa tak guna, jadi anak yang useless sangat. Masa tu juga lah perasaan nak terjun dari bangunan tu ada je.

Tapi terima kasih dekat abang dan kakak aku yang buat aku masih lagi dapat fikir benda tu salah. Walaupun sampai sekarang perasaan tu masih ada. Aku cuma minta doa korang semua. Doakan aku kuat dan tak buat benda-benda macam tu. Dan doakan juga aku dapat berhenti dari lukakan diri aku. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen