Merajuk dengan suami sebab tak ingat 'anniversary', rupanya sibuk siapkan 'surprise'

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan memang mudah merajuk kalau pasangan tak ingat akan hari penting. Nak-nak lagi kalau lupa ulang tahun perkahwinan, memang boleh tarik muka dengan pasangan seminggu.



Kadang bukan nak sambut apa pun, cuma bila diingati itu dikatakan lebih menghargai pasangan di sisi. Tapi biasalah orang lelaki tak selalunya anggap perkara tersebut sebagai satu perkara yang penting.


Sama juga pasangan ini yang dikatakan merajuk dengan suaminya yang tidak mengingati ulang tahun perkahwinan mereka.

Merajuk suami tak ingat tarikh

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita yang mahu dikenali sebagai Faraheisya meluahkan rasa sedih apabila suami tercinta tidak mengingati ulang tahun perkahwinan mereka.

Melihat ke rakaman tersebut, dia mulanya melihat suaminya dari jauh bagi menunjukkan bahawa dirinya sedang merajuk.

Dah ada plan rupanya

Namun begitu, tiba-tiba suaminya menghilangkan diri dan setelah puas dicari rupanya suaminya sedang sibuk di stor membersihkan banner perkahwinan mereka dulu.

Tidak hanya itu, rupanya suaminya juga mempunyai perancangan untuk menyambut anniversary mereka di satu kawasan berhampiran rumah. Malah dia teruja apabila melihat suaminya menghiasi sendiri dan menggantungkan banner di tempat tersebut.



Menurutnya, suaminya tidak pernah ingat akan tarikh-tarikh penting namun sentiasa berusaha membahagiakan dirinya.

Nak bagi kejutan pada suami

Dalam perkongsian yang lain, Faraheisya juga menyatakan bahawa dirinya sengaja buat-buat merajuk kerana ingin memberi kejutan pada suami tercinta dengan menghadiahkan sesuatu yang telah lama suaminya idamkan.

Dia juga turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang bertanggungjawab serta sabar melayani karenah dirinya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa orang lelaki sememangnya sukar untuk mengingati perkara seperti ini malah, turut memuji usaha lelaki berkenaan untuk membahagiakan isteri tersayang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen