Lelaki yang 'insecure'

Salam kepada semua pembaca dan aku harap semua pembaca dalam keadaan sihat belaka.

Aku Khai. Seorang lelaki berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Aku sebenarnya ada masalah insecure yang teruk sebelum ni. Mungkin kedengaran agak pelik kalau lelaki mempunyai masalah begini dan disebabkan masalah ni juga lah aku agak susah untuk bertemu jodoh. Dulu, aku pernah bercinta dengan seorang perempuan yang bernama Zira dan masa tu aku tak sedar pun yang aku ni ada masalah insecure. Aku cepat sangat rasa cemburu dan overthinking. Kiranya aku memang kawallah hidup teman wanita aku ni. Kami bercinta dah lama dari zaman sekolah. Zaman sekolah aku tak ada perasaan macam ni sebab masa tu aku memang pelajar popular tapi bila masuk Universiti, aku rasa takut kalau teman wanita aku jatuh cinta dengan lelaki lain.

Kami berlainan fakulti dan Zira pula seorang yang sangat peramah serta tak kisah berkawan dengan sesiapa saja. Dia seorang yang yakin diri, bermotivasi dan fikiran dia sentiasa positif tapi aku pula sebaliknya. Teman wanita aku tak pernah kongkong aku dan dia selalu setuju dengan apa yang aku buat. Tak pernah marah malah aku rasa dia lebih matang daripada aku. Namun, banyak perkara berubah bila satu hari tu dia nak pergi hiking dengan rakan sekelas dia dan dalam kumpulan tu ada seorang kawan lelaki dia.

Aku rasa tercabar dan terus tak bagi dia pergi. Zira memang ada ajak aku pergi sekali tapi dia juga tahu yang aku tak suka pergi hiking. Sejak tu, hubungan kami semakin renggang. Bila aku ajak dia keluar, Zira selalu kata yang dia sibuk dan bila aku merajuk dia memang tak akan pujuk. Dia dah berubah. Masa tu, aku salahkan dia dan aku juga yang putuskan dia dengan alasan dia toxic dalam hubungan kami. Betapa tak sedar dirinya aku masa tu.

Setelah setahun berpisah, aku masih tak ada penganti sebab sejujurnya aku masih sayangkan Zira tapi pada masa tu juga aku baru sedar yang sebenarnya aku ni ada perasan insecure tu. Aku macam tak boleh terima diri aku dan selalu nak bandingkan dengan orang lain. Aku tak suka diri aku yang macam ni dan kadang, aku terfikir kenapa hidup aku tak sama macam orang lain? Kenapa aku tak bahagia? Kenapa itu, kenapa ini dan banyak persoalan kenapa dalam hidup aku.

Bila berjumpa dengan orang atau tengok kelebihan seseorang aku jadi macam lemah sebab aku tak ada semuanya. Memang hidup aku negatif sangat lah sampai aku jadi pendiam dan aku jadi seorang yang cepat menilai seseorang. Lagi satu sifat aku, aku akan sentiasa paksa diri aku jadi macam orang lain. Aku tak niat lain selain daripada nak tunjuk dekat orang tapi hakikatnya orang sekeliling semakin menjauhi aku.

Sampailah satu hari tu, aku duduk termenung dalam surau kolej aku. Sebenarnya tu kali pertama, aku jejakkan kaki dekat surau kolej sepanjang belajar di Universiti. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni duduk tak jauh daripada aku. Dia tengah baca quran dan aku pun perhati saja dia.

Sifat aku ni, bila aku perhatikan orang aku akan tengok apa yang kekurangan aku dan apa kelebihan dia tapi masa ni aku macam tersedar sesuatu. Ya, kekurangan aku adalah aku jauh dari Tuhan. Aku tengok dia baca quran, separuh diri aku kata dia cuma berlagak alim tapi separuh lagi kata aku kena berubah macam dia. Entah kenapa, aku rasa macam ada seseorang tepuk bahu aku.

“Kau okay?” tanya dia.

Aku cuma mengangguk kecil dan dia kenalkan nama dia sebagai Syafiq. Sejak pertemuan dengan Syafiq aku semakin rapat dengan dia. Syafiq banyak ajar aku tentang agama. Dia selalu bagi aku motivasi dan dia juga yang selalu bimbing aku dalam membuat keputusan. Sejujurnya, Syafiq adalah sahabat aku yang pertama sepanjang di Universiti dan melalui perkenalan aku dengan Syafiq, aku akhirnya dapat merawat perasaan insecure tu.

Aku bersyukur sangat Allah bukakan pintu hati aku masa tu untuk pergi surau dan Allah pertemukan aku dengan Syafiq. Apa yang paling aku syukuri adalah Allah menciptakan aku dengan sebaik-baik ciptaan. Ayat ni pun Syafiq yang bagitahu aku.

Aku mula sedar yang sebagai manusia ni kita kena banyak bersyukur bukan insecure tak tentu pasal. Tak perlu nak bandingkan hidup kita dengan orang lain dan dekati orang-orang yang membawa kita kepada jalan-Nya. Lagi satu, jangan jadi antisosial dan belajar terima kekurangan diri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen