Terbabas sebelum langgar treler, ibu muda hilang 3 anak sekelip mata

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiga kanak-kanak maut, manakala seorang wanita parah dalam kemalangan jalan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Simpang Pulai.

Kemalangan ngeri tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Axia yang dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang sebuah lori treler.



Menurut Harian Metro, pemandu kereta berkenaan Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27 bersama tiga anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari kampung halaman di Melaka sebelum terlibat dalam kemalangan di Ipoh.



Ketiga-tiga mangsa yang maut adalah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1 selepas kereta yang mereka naiki melanggar treler yang bergerak di laluan kecemasan.



Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahmin Sidek, 58, menyatakan bahawa anak dan cucunya berada dalam keadaan gembira ketika pulang dari kampung di Melaka.

“Sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung,” katanya.

Bagaimanapun, sekitar jam 5.10 petang dia menelefon anaknya dan panggilan tersebut dijawab oleh pihak polis dengan memaklumkan bahawa anak dan cucunya terlibat dalam kemalangan.

"Saya hubungi Aimi jam 5.10 petang namun panggilan disambut pegawai polis yang memaklumkan mereka kemalangan," luahnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah, keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen