Tak risau pasal rezeki selepas berhijab, Hannah Delisha percaya ketentuan Allah

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya, ramai yang masih belum move on akan drama 'Cinta Sekali Lagi' yang dilakonkan oleh Hannah Delisha yang memegang watak sebagai Amani. Kekejaman Amani dalam drama tersebut bukan sahaja mengudang geram namun juga membuat penonton beremosi.



Seperti yang semua tahu, pelakon dan penyanyi cantik manis ini telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada September lalu.

Bila ditanya mengenai rezeki selepas berhijab, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menyatakan bahawa dia percaya dengan ketentuan Allah.



Menurutnya, dia pernah terfikir adakah kerjanya akan terganggu selepas membuat keputusan berhijab namun dia berhijab bukan untuk sesiapa tetapi sebaliknya untuk Allah.

“Rezeki pun datang dari Allah. Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu risau.

“Yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang,” luahnya.

Pelakon berusia 24 tahun itu juga menyatakan bahawa dia ada menerima tawaran dariapda satu jenama tudung terkemuka.

“Saya tak nak tertekan sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya selalu berserah kepada Allah.

“Syukur alhamdulillah saya ada terima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut nanti,” ujarnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen