Pengakuan jujur

Oleh: Siti Nur Ain

Hello, aku seorang student IPTA dan sekarang tengah semester 3. Aku dekat sini cuma nak share apa yang aku rasa, apa yang aku fikir, yang langsung aku tak pernah bagitahu siapa-siapa pun. Dan dekat sini juga aku nak share betapa beruntungnya aku dapat kawan macam mereka.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang tak ada lah broken home. Cuma biasalah ayah aku garang, mak aku pulak baik, lemah lembut dan tak pernah pukul kitorang adik beradik. Tapi aku masih ingat, masa kecil mak aku selalu tak layan aku. Aku excited cerita apa je yang aku tahu, tapi mak aku senyum dan angguk je. Benda tu berlanjut sampailah akhirnya aku diam kan diri aku.

Akhirnya aku jadi seorang yang pendiam, tak suka dekat dengan orang yang aku tak kenal dan bual hal sendiri. Bayangkanlah masa tu aku baru je sekolah rendah. Bila aku kena masalah, kena buli dekat sekolah, semua tu aku tak bagitahu. Aku simpan sorang-sorang. Sampailah satu hari tu, aku terdetik nak bagitahu masalah aku dekat abang aku. Abang aku jadi pendengar yang okay, dan dia lah tempat aku luahkan masalah.

Tapi tak semuanya aku cerita. Aku dah biasa simpan sorang-sorang dan aku dapat rasa, bila aku cerita semua masalah aku. Kepala aku jadi sakit, tapi bila aku tak cerita. Kepala aku okay balik. Jadi mungkin memang patut kot aku simpan sorang-sorang. Tak perlukan siapa-siapa untuk dengar masalah aku. Lagipun masalah aku ni bukannya teruk sangat.

Benda ni berlanjut sampai lah aku tingkatan 1. Tapi masa tu aku dah okay sikit, aku boleh tegur dan rapat dengan orang baru aku kenal. Dan aku akhirnya betul-betul dapat kawan yang selalu dengan aku masa aku tingkatan 4. Aku tak kesah orang nak datang atau pergi dari sisi aku. Sebab tu hak dia dan aku malas nak ambil tahu. Tapi mereka lain. Mereka tetap dengan aku walaupun aku ada tunjukkan sisi gelap aku sikit.

Sebenarnya aku banyak topeng. Boleh katakan sikap aku akan berubah tiap kali aku jumpa orang baru, tapi aku sorang je lah yang kenal dia. Contoh macam sekarang. Sikap aku dengan kawan kampung aku berbeza sangat dengan sikap aku bila dengan kawan Universiti. Sorry lah kalau korang tak faham. Jujur aku pun sebenarnya tak faham dengan diri aku.

Apa yang aku nak, apa yang aku dapat dengan apa yang aku buat semua ni. Aku pun tak tahu. Cuma yang aku boleh tahu, aku tak boleh stop. Sikap aku akan automatic ikut dengan sikap orang yang baru aku kenal. Aku tak tahu nak minta tolong siapa, nak jumpa doctor. Aku bukannya sakit pun. Aku rasa, aku tak sakit apa-apa.

Bila aku ada cerita sikit dekat kawan Universiti aku, pasal maybe aku terlampau stress dan aku ada cerita sisi gelap aku yang sebenarnya aku suka seksa binatang dulu. Dia cuba bagi sokongan kat aku dan buat aku sedar. Yang semua tu salah. Aku tak boleh lagi ikut perasaan tu. Dia tak tinggalkan aku dan selalu ada dekat sisi aku. Terima kasih lah untuk dia, yang aku jumpa masa kami sem2.

Boleh kata dia lah yang banyak tahu pasal aku. Tapi dia tetap tak tahu yang aku suka buat topeng untuk aku pakai. Macam bina karakter baru dalam diri sendiri. Itulah yang aku suka buat. Sampai kadang-kadang aku tanya diri aku. Betul ke apa yang aku minat ni? Ke sebab aku ikut minat dia je, jadi aku pura-pura? Tu semua aku tak dapat jawab. Sebab aku sendiri tak tahu nak jawab apa.

Bila dengan family, aku jadi anak yang normal. Selalu gelak, masuk air, suka gurau. Memang tak ada masalah lah. Dan aku yakin kalau mereka tahu aku macam ni, mungkin mereka boleh pengsan terkejut sebab anak yang mereka anggap normal, sebenarnya tak ada lah normal sangat. Dan aku sendiri tak tahu benda ni start bila.

Bila aku mula wujudkan topeng aku. Bila aku mula ikutkan minat orang sebab malas nak bagitahu minat sendiri. Mungkin juga aku buat semua ni sebab tak ada kawan. Sebab masa sekolah rendah, aku langsung taka da kawan. Yang aku dapat, bekas-bekas lebam dan melecet sebab kena cubit dengan kawan. Itu ada lah.

Tapi aku tetap ada perasaan, aku bukannya tak ada emosi. Cuma entah lah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang emosi dan reaction aku bila dalam satu situasi ni, aku akan ikut orang lain. Bila dalam keadaan risau cemas, aku pun buat-buat cemas walaupun sebenarnya aku tak ada lah cemas mana. Tapi sebab aku tak nak nampak pelik dekat situ. Aku pun berpura-pura.

Dalam hidup aku ni, aku tak tahu berapa kali je aku jujur. Pasal makanan kegemaran aku pun berubah-ubah dan tak tetap. Ni kan pulak benda lain. Tapi pasal diri aku je yang aku tak jujur. Pasal benda lain, aku akan jujur je. Sebab walaupun macam ni, aku bukanlah member tak guna yang tikam belakang member sendiri.

Mungkin aku tak nak, atau belum sedia nak tunjuk diri aku. Tak sedia nak masukkan someone dalam hidup aku. Sebab aku takut dia tak boleh terima keadaan aku yang sebenar. Mungkin aku takut nak rasa sakit. Sakit kena tinggal bila kau dah buka diri kau. Bila kau dah jadi 100% diri kau sebenar.

Tapi aku rasa mungkin tu dah terlambat. Aku pun dah tak tahu mana diri aku sebenar. Mana sikap aku yang betul-betul memang wujud dalam diri aku. Bukan dibuat-buat atau ikut orang semata-mata. Cuma yang mampu aku cakap, aku cuba yang terbaik untuk orang-orang yang baik dengan aku. Yang boleh terima aku dan boleh buat aku ketawa macam tak ada beban.

Aku memang beruntung dapat kawan yang semua support aku dan tak kesah aku macam mana. Yang aku boleh rasa mereka tak kan tinggalkan aku. Tapi satu kata untuk mereka yang selama ni ada dengan aku.

“Korang. Maafkan aku. Aku tak pernah jadi diri sendiri bila dengan korang semua. Aku akan tetapkan satu sikap bila dengan korang. Bila dengan kawan yang lain, aku akan jadi lain. Yang memang korang boleh nampak beza dia tu. Selama ni korang memang tak pernah nampak sebab aku tak pernah tunjuk pun. Bukan salah korang bila korang tak tahu. Sebab aku simpan ni kemas, memang tak ada siapa tahu. Walaupun dia dah kawan dengan aku 5 tahun pun, dia tetap tak tahu. Maafkan kawan kau ni sekali kali.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen