Tak malu mengaku tak pandai masak, tak sangka bakal suami beri sokongan agar rajin ke dapur

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak semua perempuan ada kemahiran memasak yang bagus, kadang tahu saja masak tetapi ragu-ragu kalau nak masak sendiri takut tak sedap. Tapi bila bakal menjadi isteri orang, tentu perlu biasakan memasak dan pergi ke dapur nanti boleh lah masakkan untuk suami sekali sekala.

Lagi cukup bertuah kalau memiliki pasangan yang sentiasa menyokong ni. Bila tahu bakal isteri tak tahu memasak, bukan ugut tak nak kahwin dengannya tapi mendorongnya untuk belajar memasak yang mudah-mudah je dulu.



Seperti gadis ini yang cukup bertuah apabila kekasih hatinya memberi sokongan padu kepadanya agar lebih rajin untuk masuk ke dapur dan memasak.

Mula belajar memasak atas sokongan kekasih

Menerusi capaian Twitter @ctjamil92 yang berkongsi kisahnya dan juga bakal suaminya yang sentiasa menyokong agar dirinya mula belajar memasak.

Menurut video yang dikongsinya, dia yang lebih dikenali sebagai Siti dilihat berusaha keras untuk belajar memamsak demi bakal suaminya.



Bukan itu sahaja, bakal suaminya yang dikenali sebagai Haris juga sentiasa memberi sokongan positif dengan menyatakan bahawa dirinya tak kisah sekiranya Siti tidak pandai memasak namun cukup jika menjadi seorang yang rajin ke dapur.

Bahkan, menurutnya pada awal-awal dirinya mula mendekati semua ini, Haris yang membelikan segala keperluan dapur untuknya memasak.



Berjaya dapat pujian dari kekasih hati

Menu pertama yang dimasak olehnya mendapat pujian dari Haris walaupun gayanya tiada.Malah, apabila masak untuk menu kedua, dia tidak sangka bahawa penat lelah bertungkus lumus di dapur hilang selepas melihat yang tersayang menikmati hidangan dengan berselera.



Setelah mencuba beberapa menu, Haris memberi komen yang positif malah menyarankan dirinya untuk mencuba pelbagai jenis resipi baru.



Bagaimanapun, dia sempat memasak dua kali sahaja buat Haris kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diumumkan ketika itu.

Jangan malu nak belajar masak

Justeru itu, Siti juga berpesan kepada wanita yang tidak tahu memasak di luar sana jangan malu atau berputus asa kerana memasak itu sesuatu yang boleh dipelajari.



Perkongsian tersebut turut mendapat persetujuan dari warganet yang rata-rata menyatakan bahawa setiap pasangan perlu saling melengkapi dan juga memperbaiki diri dengan sokongan pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen