Patut Ke Aku tunggu Atau Pergi?

Salam kenal kepada semua pembaca Baituljannah Confession. Nama aku Aidan, berusia 25 tahun dan belum berkahwin. 

Pertama, tulisan ni adalah untuk meminta pandangan para pembaca tentang tajuk di atas dan kedua, aku harap semua pembaca berfikiran terbuka. 

Kisah ni bermula apabila aku berkenalan dengan seorang wanita yang bernama Isya (bukan nama sebenar) sejak tahun 2019 yang lalu. Pertemuan pertama kami adalah ketika salah satu syarikat yang bekerjasama dengan syarikat kami mengadakan majlis jamuan makan malam dan aku ketika tu merupakan wakil kepada syarikat aku begitu juga dengan Isya. Kiranya, kami berada dalam bidang yang sama. Pada awalnya, aku hanya menganggap Isya sebagai teman rapat dan sekadar ingin membesarkan lingkungan persahabatan. 

Hubungan aku dengan Isya semakin rapat dari hari ke hari dan kami juga ketika itu sering bertemu untuk keluar makan atau meluangkan masa lapang. Aku dan Isya tinggal dalam daerah yang sama jadi, kami memang tak ada masalah untuk bertemu. Setelah 3 bulan perkenalan, aku mula rasakan sesuatu dalam diri aku. Aku rasa cemburu bila tengok Isya rapat dengan lelaki lain. Isya ni seorang yang peramah dan dia memang ada daya tarikan sendiri. Jadi, aku memang tak pelik kalau dia ramai kawan lelaki atau perempuan tapi aku tahu Isya ni single. 

Aku pun ambil keputusan untuk luahkan perasaan aku dekat Isya. Isya menjelaskan bahawa dia cuma anggap aku kawan dan perasaan yang dia tak lebih daripada tu. Aku agak kecewa dengan jawapan Isya tapi aku tetap ada disisi dia dan selalu ambil berat tentang dia. Bila aku jumpa dia, aku akan bagi dia hadiah tapi Isya selalu menolak sebab katanya tak layak untuk terima hadiah tu. Aku tetap memujuknya untuk menerima hadiah tersebut sebagai kawan. Hubungan kami berjalan seperti biasa tapi Isya selalu minta aku untuk cari seseorang yang lain dan lupakan saja perasaan aku terhadap dia. 

Aku pernah juga cuba buat apa yang dia kata, tapi aku masih tak boleh lupakan rasa aku tu. Bagi aku, Isya ni seorang gadis yang berbeza. Dia ada ciri-ciri wanita yang aku suka tapi tu lah, mungkin aku ni tak ada ciri-ciri lelaki idaman dia. Aku pernahlah juga tanya dia, apa ciri-ciri lelaki idaman dia dan separuh daripada apa yang dia kata tu memang tak ada pada aku tapi aku berusaha untuk penuhi ciri-ciri tu. Orang kata, kalau dah sayang apa salahnya tunjuk usaha dengan harapan Isya nampaklah usaha aku tu. Tanpa aku sedari perkenalan aku dan Isya dah hampir setahun namun masih belum ada tanda-tanda daripada Isya menerima perasaan aku.

Pada awal tahun 2020, aku dapat tawaran naik pangkat tapi aku kena pindah ke negeri Kedah dan aku terima saja tawaran tersebut walaupun berat hati nak tinggalkan tempat lama. Ye lah, aku dah serasi dengan rakan sekerja semua tapi yang lebih berat nak tinggalkan adalah Isya. Masa aku beritahu Isya tentang hal tersebut, wajah Isya nampak bersahaja dan dia sangat menyokongku untuk menerima tawaran tersebut. Aku mengatakan susahlah nak jumpa dia lepas ni tapi dia hanya tersenyum dan mengatakan bahawa untuk masa sekarang kerjaya tu lagi penting daripada perasaan terhadap seseorang. 

Sebelum aku pergi, Isya ada belikan aku sehelai kemeja dan sehelai tie untuk kenangan katanya. Dia juga ada selitkan kad kecil yang bertulis,

“Semoga berjaya dan jangan lupa Isya.”

Dan, sejak aku berada jauh daripada Isya ditambah lagi dengan Covid 19 ni, perasaan rindu tu sentiasa membelenggu diri. Bila aku usya IG Isya, aku nampaklah gambar dia keluar dengan kawan-kawan dia. Ada lelaki dan ada juga perempuan. Apa yang aku nampak Isya ni layan semua orang sama rata saja. 

Hal ini yang buatkan aku macam nak tunggu atau aku patut move on saja? Tapi aku dah betul-betul sayang dekat dia. 

Entahlah, aku pun semakin keliru dengan perasaan aku. Nak tunggu atau move on?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen